728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 6 July 2017

    Iran 'Troll' Donald Trump Guna Karikatur





    Ratusan orang menyertai pertandingan kartun yang dibuat untuk mempersenda Presiden AS Donald Trump menerusi pertandingan Trumpism.

    Penganjur sama dilaporkan pernah mengadakan pertandingan kartun Holocaust tahun lalu demi menyerlahkan sifat pilih kasih Barat terhadap kebebasan bersuara dan memperkatakan pembunuhan beramai-ramai ke atas Yahudi.

    Satu daripada karya yang terpilih memaparkan imej Trump melukis misai seperti Hitler pada muka Patung Liberty.

    Hadi Asadi dari Iran memenangi tempat pertama dengan hadiah hadiah wang tunai AS$1,500.

    Katanya, karikatur yang dihasilkan itu cuba mempamerkan sikap mementingkan wang dan gemar berperang Trump.

    Kartun dilukisnya menunjukkan Trump memakai jaket dibuat daripada mata wang dolar AS sambil hartawan itu memegang buku yang menyentuh mengenai budaya.

    “Saya mahu memaparkan Trump sebagai perampas budaya,” katanya.



    Hadi menghasilkan karyanya dalam masa dua minggu menggunakan kaedah percetakan pen digital.

    Penganjur pertandingan Masuod Shojai Tabatabei berkata, matlamat utama adalah untuk menunjukkan kepeberibadian buruk Trump dalam bentuk satira.

    Trump dan keganasan terhadap wanita dan media adalah antara tema pertandingan.

    “Isme dalam Trumpis merujuk kepada rasisme dan Nazisme. Kebanyakan orang percaya tindak-tanduk Trump menyerupai Hitler.

    “Dia bersikap buruk terhadap media dan pelarian,” katanya.

    Pameran berkenaan yang bermula pada Isnin lalu akan berlangsung selama seminggu.

    Turut menyertainya ialah peserta dari 74 negara, termasuk empat dari kartunis AS. Dua daripada mereka turut diberi penghargaan.

    Robert Jones Clayton misalnya menunjukkan dua salinan majalah Time, satu mengandungi gambar Trump dan satu lagi Adolf Hitler.

    Kedua-dua tokoh berkenaan digambarkan sebagai tokoh pilihan Time dan Trump.

    Ed Wexler – juga dari AS – memaparkan Trump berkata “berita palsu” ketika melarikan diri dari gumpalan salji.

    Pada masa sama kelihatan bintang merah dengan tukul dan simbol sabit – merujuk kepada hubungan Russia dengan Trump.-Malaysiakini

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Iran 'Troll' Donald Trump Guna Karikatur Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top