Husam Akan Jadi Faktor Kekalahan Pakatan Harapan Jika Terus Jadi Calon MB

Share on Google Plus



DAP suka Husam Musa dilantik sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan negeri.

DAP terlupa halangan terbesar untuk tumbangkan PAS Kelantan adalah UMNO-BN dan UMNO-BN sahaja diyakini mampu menggugat parti Islam itu.

Memandangkan rakyat Kelantan tidak bodoh dengan sentimen politik yang dimainkan Pakatan Harapan,mereka juga tidak pernah melupai segala detik sejarah ketika Husam Musa sebagai Exco kerajaan negeri sebelum meninggalkan PAS.

Boleh dikatakan acap kali juga Husam Musa cabar hadiri ketika ceramah supaya membuat semakan apa yang kerajaan PAS Kelantan buat semenjak empat tahun lalu yang boleh dibanggakan.

Namun rakyat Kelantan ada hujahnya sendiri,dan mereka mengembalikan persoalan itu kepada Husam Musa.Kata rakyat Kelantan,’selama Husam Musa berjawatan Exco apa yang dia buat dan apa yang boleh dibanggakan?

Rakyat Kelantan yang tahu,pastinya senyum kambing kerana semasa Husam Musa sebagai Exco banyak projek khayalan bagi mengharumkan namanya tetapi mengalahkan mat jenin.

September 2012 Husam tipu bulat-bulat Tok Guru Nik Aziz dengan projek keretapi laju hanya 1 jam sahaja dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Kereta api entah kemana,’yang dapat busuk adalah PAS.Rakyat Kelantan kebanyakanya menggelarkan projek cetusan idea Husam Musa adalah projek autakari.

Manakala projek yang melibatkan tanaman kayu gaharu yang sepatutnya selepas 5 tahun telah mengeluarkan hasil juga tidak nampak hasil.yang tergaru-garu adalah Tok Guru Nik Aziz.

Setelah Husam Musa menyertai parti proksi DAP,beliau menyifatkan pembinaan ECRL ke pantai timur tidak mustahak sedangkan rakyat Kelantan tidak cukup telapak tangan padang bola ditadahkan.

Malah Husam juga cuba menutup kegagalannya yang sekadar berjanji untuk membina landasan kereta api laju di Kelantan ketika menjadi Exco kerajaan negeri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dengan menuduh usaha Perdana Menteri sebagai tidak berbaloi.

“Adakah mustahak kereta api laju itu bagi rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang pada waktu ini. Apa yang mustahak kita lihat Perdana Menteri cuba pinjam duit daripada China melalui projek tersebut,” dakwanya.

Segala auta dapat dibaca rakyat Kelantan sejak sekian lama,jadi,’pemimpin DAP tak usahlah hendak mengangkat darjat si putar alam itu bagi menarik sokongan Melayu kepada DAP.

Jadinya,’adalah lebih baik calonkan ahli parti dan bertanding di Kelantan daripada menjadi seperti “bapak ayam” menentukan nasib ” si pelacur politik”.HOT KELATE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment