Hentikan Amalan 'Bunuh Kawan' Dalam UMNO

Share on Google Plus



UMNO perlu memastikan usaha melahirkan pemimpin-pemimpin baharu menjadi keutamaan agar kesinambungan parti untuk menjadi tunjang penting orang-orang Melayu tidak terjejas.


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, untuk mencapai sasaran itu setiap ahli parti jangan mementingkan diri dengan menggunakan UMNO semata-mata untuk merebut jawatan sehingga sanggup menumbangkan rakan-rakan lain dalam parti.


Malah katanya, beliau yang telah hampir genap 20 tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian kini bersedia memberi peluang kepada orang lain untuk mengambil alih tempatnya jika terdapat pemimpin baharu yang sedia memikul jawatannya.


“Kita jangan mempunyai sikap dengki dan hendak membunuh karier politik ahli-ahli parti lain demi menjaga kedudukan masing-masing. Saya harap perkara ini tidak menjadi amalan di dalam UMNO.

“Jika sikap seperti ini masih ada, bagaimana kita hendak lahirkan pemimpin baharu yang berkaliber untuk menjaga UMNO dan orang Melayu,” katanya dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam.


Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merasmikan persidangan tersebut.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment