728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 17 July 2017

    Halimah Yacob Bakal Presiden Singapura?





    Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob hari ini memaklumkan sedang memikirkan untuk bertanding bagi jawatan Pre­siden negara ini.

    Katanya, jawatan berkenaan merupakan tanggungjawab besar dan merupakan institusi penting di negara malah tidak boleh dianggap perkara ringan.

    “Saya sedang memikirkan untuk bertanding bagi jawatan Presiden namun tanggungjawabnya sangat berat justeru saya sedang memikirkannya dan memerlukan masa untuk itu,” katanya yang dilaporkan oleh portal Channel News Asia.

    Menurut Halimah, pada masa ini beliau mempunyai banyak tugas sebagai Speaker dan anggota Parlimen yang dianggap sangat penting buat dirinya.

    “Saya perlu mendapatkan nasihat keluarga, rakan seper­juangan. Perkara ini bukan boleh cakap sahaja dan diputuskan sendirian,” katanya kepada wartawan.

    Beliau membuat kenyataan itu selepas pada Selasa lalu, Pengerusi Bourbon Offshore Asia, Farid Khan Kaim Khan, 62, secara rasmi mengumumkan untuk bertanding jawatan itu.

    Dalam pada itu, Farid Khan mengalu-alukan hasrat Halimah untuk bertanding jawatan berkenaan menjelang Pilihan Raya Presiden.

    Beliau mempunyai syarikat yang mengendalikan lebih 500 kapal pada tahun lalu dan mempu­nyai 9,300 kakitangan di 45 negara.

    Farid Khan menegaskan beliau yakin layak sebagai calon kaum Melayu untuk bertanding jawatan berkenaan walaupun pada kad pengenalannya tertera identiti sebagai Pakistan.

    Seorang lagi calon yang akan bertanding bagi jawatan itu ialah Ketua Eksekutif Second Chance Properties, Mohamed Salleh Marican, 67.

    Pilihan raya itu dijangka diadakan pada September ini.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Halimah Yacob Bakal Presiden Singapura? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top