728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 5 July 2017

    Graduan Perubatan Wajib Fasih Bahasa Melayu – Ridhuan Tee





    Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan kewajaran untuk memberi pelepasan kepada graduan doktor daripada menguasai Bahasa Melayu peringkat SPM.


    “Apa istimewanya pegawai perubatan yang bergelar doktor sehingga dengan mudah diberikan kelonggaran hanya lulus bahasa Melayu peringkat SPM untuk mendapat tempat dalam sektor awam berbanding dengan profesion yang lain? Pegawai Perubatan ini warganegara mana? Afrika atau Malaysia?”


    Demikian komen Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah sewaktu bercakap berkenaan isu Kementerian Kesihatan yang menarik balik syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak bagi jawatan pegawai perubatan Gred UD41.


    Menurut pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkap Ahli Majlis Kongres Persatuan Akademik Malaysia ini, beliau amat musykil dengan jawapan yang mengatakan bahawa negara kekurangan doktor pelatih yang kritikal kerana setiap tahun hampir 5,000 pelajar dalam bidang perubatan tamat pengajian tetapi hospital latihan hanya dapat menampung kira-kira 3,000 doktor pelatih sahaja. Beliau percaya bahawa isu ini sengaja dipolitikkan oleh golongan tertentu.


    Apabila terlalu banyak berpolitik, takut akan kekalahan dalam pilihan raya dan takut kehilangan kuasa, maka, agenda membina negara berasaskan identiti nasional akan musnah, sekaligus menjemput malapetaka. Katanya lagi, kelayakan asas bahasa negara adalah isu negara dan tidak boleh dipermainkan atau diperjudikan.


    Jika beginilah caranya kita membina negara, pasti kita akan keluar menjadi negara maju yang gagal. Tidak ada erti kemajuan material tanpa disertai dengan kemajuan pembangunan insan.


    “Tidak pernah berlaku dalam dunia lain, satu bahasa yang menjadi bahasa negara tetapi merempat di bumi sendiri,” tegas beliau.


    Beliau juga menambah bahawa pegawai perubatan yang lemah dalam Bahasa Melayu walaupun merupakan warganegara Malaysia akan mempunyai masalah komunikasi dengan pesakit lantas tersilap dalam menentukan diagnosis dan rawatan yang sewajarnya kerana tidak memahami apa yang disampaikan oleh pesakit.


    “Pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini dan pegawai perubatan sepatutnya berasa malu. Tidak ada negara yang sanggup membuat keputusan sehina ini hanya kerana mahu meraikan pegawai perubatan. Berlaku adillah kepada pegawai perubatan yang belajar sungguh-sungguh dalam SPM untuk mendapat ‘A’ bagi kertas BM. Tindakan ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” tegasnya.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Graduan Perubatan Wajib Fasih Bahasa Melayu – Ridhuan Tee Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top