Duit 1MDB Tak Hilang, Berapa Kali Nak Cakap?

Share on Google Plus




Pembangkang seringkali mengulangi dakwaan bahawa dana 1MDB hilang tanpa dikesan ekoran tidak pernah memahami atau cuba memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB, kata Panel Pemikir JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ujarnya, pembangkang termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man jelas tidak membaca laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ataupun laporan Jabatan Audit Negara (JAN) yang mendapati tiada kehilangan dana 1MDB.

"Gesaan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu 1MDB amat dangkal sekali.

"Beliau termasuk beberapa pimpinan Pakatan Harapan lain membangkitkan perkara yang sama kerana tidak memahami fakta dan perkembangan semasa berkaitan isu 1MDB," tegas Mohd Puad.

Jelasnya, sungguhpun laporan PAC diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, tetapi laporan JAN yang mendapati tiada kehilangan dana 1MDB merupakan hasil siasatan yang turut merujuk kepada laporan PAC berkenaan.

"Sekiranya rajin, beliau juga boleh membaca hansard prosiding PAC melibatkan pelbagai pihak termasuk Juruaudit Deloitte, KPMG, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melihat sendiri sama ada prosiding dilaksanakan secara telus atau tidak," ujarnya.

Mohd Puad turut tidak bersetuju dengan gesaan Tuan Ibrahim untuk membenarkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat melakukan siasatan terhadap 1MDB, sepertimana Presiden PAS tidak bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana akan membawa masuk campur tangan asing ke dalam konflik politik negara.

"Tuan Ibrahim mempertikaikan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Appandi Ali kerana tidak membuat pendakwaan ke atas 1MDB selepas menerima laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan soal pemindahan dana ke luar negara.

"Hakikatnya, Tuan Ibrahim tidak membaca justifikasi yang dinyatakan oleh Peguam Negara pada 13 Oktober 2015 bahawa pendakwaan tidak dapat dibuat kerana BNM sendiri yang memberi kebenaran kepada 1MDB sebanyak tiga kali pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011 dan BNM sebagai pegawai pengawal tidak menghalang pemindahan terbabit," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, penganalisis politik Lim Sian See turut menepis keperluan 1MDB disiasat semula berdasarkan kesemua ahli PAC yang turut dianggotai ahli parlimen pembangkang sendiri sudah menyatakan kepuasan hati terhadap siasatan dijalankan mereka.

"Laporan akhir PAS kemudiannya ditandatangani oleh semua ahli PAC - termasuk ahli parlimen pembangkang," ujarnya sambil menambah kesemua hutang bank dan hutang jangka pendek 1MDB telahpun diselesaikan.

Tegas beliau, tiada yang diselindungi didalam laporan tersebut kerana jika benar wujud salahlaku, ahli PAC pembangkang tidak akan menandatangani laporan akhir berkenaan.

"Jadi jangan keliru.

"Lebih baik Pakatan meminta Laporan Audit Khas atau Laporan PAC berkaitan skandal RM100 bilion Forex BNM - yang masih belum ditemukan puncanya lagi," ujarnya.

- mD


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment