DAP Cadang Dr Mahathir Tanding Di Langkawi

Share on Google Plus




Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dicadang bertanding di kerusi Parlimen Langkawi kerana peluang untuk menang adalah lebih cerah berbanding di Pekan.


Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, Mahathir boleh membantu Pakatan Harapan memenangi kerusi parlimen di Langkawi sekali gus menambahkan kekuatan mereka di Kedah.


"Mahathir boleh tanding di negeri kelahirannya sendiri untuk bantu Pakatan Harapan memenangi lebih banyak kerusi parlimen. Pakatan Harapan hanya perlu menang jumlah lebih separuh daripada 222 kerusi untuk memerintah negara," katanya kepada Oriental Daily.


Menurutnya, sejak 60 tahun yang lalu, negara kita tidak pernah wujud pakatan pembangkang yang begitu kuat seperti yang ada pada hari ini.


"Dulu, kita hanya ada pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang sahaja. Tetapi hari ini, kita sudah ada ketua-ketua pemimpin politik yang berpengalaman seperti Datuk Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Tun Mahathir untuk sama-sama menubuhkan Pakatan Harapan," katanya.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment