Calon PM : Tokoh Yang Paling Berjaya Pecah Belahkan Orang Melayu Akan Jadi Pilihan DAP

Share on Google Plus




Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah percaya masalah pemilihan calon bakal Perdana Menteri di dalam pakatan pembangkang hanya akan selesai setelah Dap mengenal pasti tokoh dari parti mana yang mampu dan paling berjaya memecahbelahkan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ini kerana katanya mana-mana  tokoh yang berjaya memecahkan belahkan sokongan orang Melayu akan memudahkan Dap mencaturkan kuasa mengikut acuannya.


“Kalau kita tengok masalah pemilihan siapa calon bakal perdana menteri di kalangan parti pembangkang sehingga kini masih belum mencapai kata putus apatah lagi bayang-bayang calon berkenaan.

“Malah yang lebih lucu lagi terdapat juga perbezaan pendapat sesama mereka di dalam parti sendiri seperti mana yang berlaku di dalam Dap. Ada yang kata Datuk Seri Anwar Ibrahim…ada pula yang menyuarakan Wan Azizah..ada juga yang menyebut Tun Dr Mahathir.

“Jadi nampaknya berterusan soal ini bukan sahaja di dalam kalangan sesama parti malah di antara mereka di kalangan pemimpin di dalam Dap dan ianya hanya akan selesai setelah mereka benar-benar menjumpai tokoh yang mampu memecahbelahkan undi orang Melayu dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Masalah pemilihan siapa bakal calon perdana menteri di kalangan pakatan pembangkang nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini.  Dan perkara berkenaan bukan sekadar terhenti di situ  apabila di dalam Dap pun perkara tersebut menimbulkan percanggahan pendapat.

Sesetengah pemimpin mereka melihat Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipujuk untuk menjadi calon perdana menteri, manakala bagi yang lain tetap setia dengan Anwar Ibrahimd serta Datin Seri Wan Azizah sebagai salah seorang calon yang boleh dipertimbangkan.

Shamsul yang juga Ahli Majlis tertinggi UMNO seterusnya menambah bagaimanakah rakyat mahu mengharapkan sebuah pakatan yang hari ini dalam soal pemilihan perdana menteri pun menimbulkan pelbagai pendapat dan tidak mampu mencapai konsensus yang kukuh.

Katanya tidak sepertimana di dalam BN, ianya berlangusng dalam suasana yang muafakat serta harmoni dan  ‘track-record ‘ tersebut menjadikan BN cukup berbeza dengan pakatan pembangkang.

“Jadi kepada rakyat di luar sana mereka bukan sahaja boleh melihat malah boleh menilai masa hadapan mereka apakah mereka mahu memperjudikan nasib kepada parti yang penuh muslihat dan saling mempunyai agenda sempit peribadi masing-masing”, ujarnya.-MediaUMNO


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment