728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 14 July 2017

    Bunuh Diri Selepas Dipaksa Ambil Ujian Dara





    TRAGIS. Seorang pengantin remaja, Rajabbi Khurshed, 18, telah membunuh diri selepas suaminya enggan percaya kepada ujian dara yang dijalankan sebaliknya mahu berkahwin seorang lagi.

    Dalam ujian berkenaan, Rahabbi telah lulus tetapi disebabkan Zafar Pirov, 24, enggan mempercayai keputusan berkenaan, maka dia telah melakukan dua lagi ujian.

    Keputusan tetap sama namun malangnya Zafar enggan menerimanya.

    Kedua-duanya mereka sebelum itu berkahwin dalam perkahwinan yang diatur oleh keluarga di Tajikistan.

    Rajabbi yang terlalu tertekan, tidak dapat menerima hakikat bahawa Zafar mahu berkahwin seorang lagi. Dia kemudiannya telah minum cuka dalam jumlah yang banyak, iaitu selepas 40 hari berkahwin dengan suaminya.

    Keluarga gadis itu dalam temubual dengan Radio Free Europe memberitahu dalam keadaan nazak, Rahabbi memberitahu mereka bahawa dia amat tertekan dan tidak dapat menerima permintaan suaminya untuk berkahwin lagi.

    Namun Zafar ketika mempertahankan diri berkata, isterinya telah menulis surat kebenaran membenarkan dia berkahwin lagi disebabkan dia bukan lagi dara ketika mereka berkahwin.

    Kematian Rahabbi menyebabkan keluarganya sedih dan mereka merayu kepada Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon, untuk membantu. Ini kerana Rahabbi langsung tiada teman lelaki dan tidak pernah mengadakan seks dengan sesiapa pun.

    Susulan itu, Zafar telah ditahan atas dakwaan menyebabkan isterinya membunuh diri dan jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara selama lapan tahun.

    – MYNEWSHUB.CC

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bunuh Diri Selepas Dipaksa Ambil Ujian Dara Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top