728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 9 July 2017

    Bahagian Tubuh Mana Yang Dibasuh Dahulu Ketika Mandi Menunjukkan Diri Anda





    Pergerakan badan memberi maksud tersendiri pada diri kita. Apa yang kita lakukan, walaupun dengan satu pergerakan kecil seperti kerlipan mata boleh menyampaikan maksud dan informasi kepada orang lain.

    Pada masa yang sama mampu menunjukkan karakter diri kita juga. Tahukah anda bahawa ketika anda sedang mandi, setiap pergerakan memberi maksud di sebaliknya?

    Ketika anda mandi, bahagian tubuh yang pertama sekali anda basuh sesungguhnya menunjukkan karakter diri anda.


    Bahagian dada

    Golongan orang yang membasuh bahagian dadanya dahulu ketika mandi adalah seorang yang praktikal. Mereka adalah orang yang tegas dan suka berterus terang. Mereka tidak suka hidup berpura-pura dan menyembunyikan kenyataan.

    Mereka akan memberikan sepenuh tumpuan ketika melakukan kerja dan tidak suka diganggu. Biasanya mereka akan rasa tidak sabar dengan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.


    Bahagian wajah

    Golongan orang yang membasuh bahagian wajah dahulu ketika mandi adalah seorang yang suka membawa masalahnya ke dalam fikiran. Kejujuran dan harga diri tidak menjadi perkara penting dalam hidup mereka.

    Mereka rasa teman dan rakan taulan boleh sahaja dimanfaatkan dan diambil kesempatan.

    Orang seperti ini amat sukar untuk difahami dan biasanya mereka seorang yang ego.


    Bahagian bawah lengan

    Golongan orang yang membasuh bahagian bawah lengan dahulu ketika mandi adalah seorang yang boleh diharapkan, suka membantu dan bekerja keras.

    Biasanya mereka disukai dan disayangi orang lain dan sangat popular kerana sikap ringan tangan mereka.

    Namun oleh kerana hati mereka ini yang sangat baik, mereka tidak dapat membezakan samada orang di sekeliling mereka itu bersikap tulus dan ikhlas seperti mereka atau tidak. Golongan ini selalu diambil kesempatan oleh orang lain.


    Bahagian rambut

    Golongan orang yang membasuh rambutnya terlebih dahulu ketika mandi adalah seorang yang berjiwa artistik. Mereka suka bermimpi dan mempunyai pelbagai impian.

    Mereka tidak rasa dedikasi terhadap kerja itu adalah penting. Tetapi untuk mencapai sesuatu tujuan, mereka akan berkerja keras tanpa mengenal penat dan lelah.

    Wang ringgit tidak terlalu penting bagi mereka. Mereka boleh hidup tanpa wang. Yang paling penting adalah bakat dan kebolehan yang mereka miliki akan menjadi teras kekuatan hidup mereka.


    Bahagian sulit

    Golongan orang yang membasuh bahagian sulitnya dahulu ketika mandi adalah seorang yang pemalu dan tidak pandai bergaul.

    Mereka kurang percaya pada diri sendiri dan sering dibuli oleh orang lain.

    Mereka tidak mempunyai ramai teman kerana sifatnya yang pemalu membuat orang lain memandang mereka sebagai seorang yang membosankan dan kurang menarik.

    Mereka juga sering dan mudah mengalah dengan orang lain.


    Bahagian bahu

    Golongan orang yang membasuh bahagian bahu dahulu ketika mandi adalah seorang yang pengecut dan suka hidup menyendiri.

    Mereka sering mengalami kegagalan dalam melakukan banyak perkara dan mudah berputus asa.

    Kerana sering gagal, ada yang menjadi kaki judi dan pemabuk. Dengan sikap buruk yang mereka miliki ini menjadikan orang lain tidak menyukai mereka kerana sikap ini banyak menyusahkan orang lain di sekeliling mereka.

    Oleh kerana kegagalan yang sering mereka kecapi, maka wang dan kekuasaan menjadi perkara penting dalam hidup mereka.


    Bahagian lain

    Golongan orang yang membasuh bahagian lain terlebih dahulu selain dari yang disebutkan di atas adalah golongan orang yang sederhana dan seimbang dalam segala hal.

    Tidak diragui yang mereka mempunyai kekuatan tersendiri, namun orang lain tidak mudah menyedari kekuatan mereka itu.

    Mereka masih perlu belajar untuk menjadi orang yang lebih mempunyai potensi diri.

    Mereka mempunyai banyak impian dan memikirkan perkara baru. Namun, mereka kurang keberanian diri untuk merealisasikan impian tersebut. – ac

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Bahagian Tubuh Mana Yang Dibasuh Dahulu Ketika Mandi Menunjukkan Diri Anda Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top