Azmin Ali & Guan Eng Berbalah, Wan Azizah 'Play Save'

Share on Google Plus




Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mahu campur urusan perbalahan antara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai kewujudan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini dilaporkan Azmin sebagai berkata pada Rabu bahawa kerajaan Selangor diterajui PR masih wujud berikutan mandat yang diterimanya pada pilihan raya umum lepas namun disangkal oleh Lim Guan Eng sebagai “Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.”

Menambahkan panas perbalahan Azmin dan Lim Guan Eng apabila Saifuddin Nasution SUA PKR dari kem Wan Azizah yang bertugas di pejabat Guan Eng menyanggah Azmin Ali.


Apabila diminta mengulas tentang perkara itu, Wan Azizah, yang juga presiden PKR, hanya berkata, memenangi pilihan raya umum akan datang lebih penting bagi pembangkang ketika ini.

“Azmin yang komen, komen lah…paling penting bagi kami mahu memenangi pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang di sini hari ini.

Kehadiran Wan Aziah di Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Pulau Pinang menunjukkan sokongan Wan Azizah kepada Lim Guan Eng dan Setiausaha PKR berhubung perbalahan Azmin dengan Lim Guan Eng.

Ditanya mengenai Nurul Izzah yang berjumpa Tun Dr Mahathir di London. ‘No komen’ katanya.

Baru-baru ini, Majlis Syura PAS turut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, tetapi di Selangor, kedua-dua parti itu mengekalkan hubungan mereka bagi membolehkan 3 anggota dewan undangan negeri PAS terus menduduki kerusi exco hingga pilihan raya umum akan datang. Parti Amanah Negara memandang serong usaha Azmin Ali ini.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment