Agenda PAP dan DAP Sama, Hapuskan Hak Orang Melayu

Share on Google Plus



Semua orang masih ingat lagi pada tahun 1963 dalam usaha licik, Kuan Yew telah menggunakan slogan Gagasan Malaysia. Pada ketika itu Kuan Yeaw adalah Setiausaha Agong PAP dan juga perdana menteri Singapura.

Gagasan Malaysia yang berslogankan “Malaysian Malaysia” yang mana bermatlamat untuk menentang  Perkara 153 perlembagaan Persekutuan serta untuk memperngaruhi beberapa kumpulan  haluan kiri yang mana banyak terdapat dalam masyarakat Cina.

Sebagaimana maklum Perkara 153 adalah perkara yang berkaitan dengan  Hak Hak keistimewaan orang Melayu yang mana telah dimasukan kedalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu semasa mencapai kemerdekaan Negara.

Hak keistimewaan orang Melayu telah dipersetujui oleh  semua kaum  pada tahun 1948 dimana  kaum-kaum pendatang yang ada didalam Negara ini diberikan hak kerakyatan secara Jus Soli. Ikhsan orang Melayu serta tolak ansur ini telah membolehkan kaum pendatang ini kekal tinggal di Tanah Melayu.

Penentangan DAP terhadap bangsa Melayu sekarang ini adalah kesinambungan perjuangan PAP yang mana ianya merupakan perjuangan utama PAP dan DAP sekarang untuk memastikan  kuasa politik orang Melayu terhapus .

Amat jelas lagi apabila kemasukan Singapura kedalam Malaysia pada tahun 1963 dan pada masa  itu PAP adalah Parti dominan orang Cina ketika itu telah cuba untuk memansuhkan perjanjian antara kaum yang telah dipersetujui sebelum ini.

PAP telah dijadikan platform untuk membina Malaysia yang bebas serta demokratik. Asakan propaganda yang menyatakan ketidak adilan berlaku bukan baru wujud sekarang semasa DAP memperkatakan, ianya telah wujud sejak tahun 1963 lagi.

Semua perkataan ketidakadilan ini merujuk kepada Hak-Hak keistimewaan orang Melayu yang telah bertolak ansur dalam memberikan kerakyatan  terhadap golongan pendatang ini. Untuk menghapuskan gelaran golongan pendatang ini, perjanjian yang menggunakan kaedah jus Soli terpaksa dihapuskan.

Propaganda yang dilontarkan  tuduhan bahawa pembahagian kaum yang telah dipersetujui dan dilakukan oleh British pada ketika itu adalah satu  bentuk pembahagian yang dilayan secara tidak adil. Kuan Yew lupa pada diri sendiri, Tanpa persetujuan orang Melayu mungkin sekarang Kuan Yew serta ahli DAP yang ada bukan rakyat Malaysia lagi,

Malaysian Malaysia adalah cadangan slogan untuk melenyapkan slogan yang menjadi amalan  Parti Perikatan dahulu iaitu Malay Malaysia. Bagi mengukuhkan tindakan tersebut  Kuan Yew terus memainkan sentimen bangsa Melayu sebagaimana dilakukan oleh DAP sekarang dengan menyatakan bahawa orang Melayu bukan kaum pribumi di Malaysia,

PAP satu ketika dahulu dan DAP ketika ini terus mencanangkan dasar-dasar perkauman yang amat merbahaya dan terus mempertikaikan hak keisitimewaan orang Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan sebagai agenda penghapusan bangsa dan hak bangsa Melayu dalam apa cara sekali pun.

DAP dalam tindakan yang serupa terus melakukan penghinaan terhadap bangsa Melayu  sebagaimana dilakukan oleh beberapa pemimpin DAP di Malaysia sekarang. “ Melayu adalah bangsa pendatang dan bukan kaum pribumi dalam Malaya” .

Ayat diatas telah diucapkan oleh Kuan Yew dan sekarang ianya disambung perjuangan tersebut oleh DAP. Ayat tersebut dilontarkan oleh Kuan Yew apabila  telah berjaya menguasai Sinbgapura. Begitu juga  caranya DAP apabila telah  berkuasa menguasai Pulau Pinang Dan Selangor.

Sekarang kita semua nampak bukan, bahawa segala kenyataan yang manis dari mulut DAP atau sebelum ini PAP dan  mengalirnya air mata pemimpin  DAP dan sebelum ini pemimpin PAP adalah sendiwara untuk menggunakan orang Melayu sebagai alat untuk menguasai Malaysia.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment