728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 4 July 2017

    5 Tahun Tunggu Zuriat, Hamil Kembar 3 Selepas Ambil Anak Angkat




    Setelah mendirikan rumah tangga selama lima tahun, dia dan suami belum juga dikurniakan cahaya mata. Penuh sabar menanti kerana perkahwinan tanpa zuriat sudah tentu mengundang pelbagai pandangan malah kata-kata yang tidak enak juga didengar.

    Namun segalanya berubah selepas dia pulang dari tanah suci Makkah dan mengambil keputusan untuk memelihara anak angkat. Baca perkongsian Ernayanee, pengasas De’Xandra memetik Facebook miliknya.

    Rezeki anak tidak cepat, tapi waktu yang tepat


    Kita merancang tapi ALLAH sebaik-baiknya pemberi. 2017 pembukaan baru bagiku untuk ku kongsikan kisah 3 kembarku…ISLAM, IMAN & IHSAN (nama ni sempena mengingati seorang guru yang sangat penyayang sangt rendah hati mengajarku tentang TAUHID… ESQ )

    Alhamdulillah…Sebenarnya lama dah nak berkongsi berita gembira ni, ada yang dah tahu dan ada yang belum or samar-samar. Kini mereka sudah berusia 4 bulan. Gambar ini antara gambar yang terawal yang masih dapat kita lihat lagi 3 kantung berisi rezeki ALLAH padaku.

    5 tahun penantian penuh kesabaran, sebelum kahwin & selepas kahwin ujian demi ujian aku lalui , kata -kata sinis sana sini ku dengarkan pada perniagaan, rumahtangga dan masalah zuriat, tapi kesabaran ku ALLAH berikan pada waktu yang tepat dan dia sebaik-baik pemberi. Walaupun lambat doaku makbul tapi diberikan waktu yang tepat dengan bilangan subhanallah, 3 sekali.

    Kebanyakan doktor minta aku kuruskan badan

    USAHA tidak pernah henti, 3 orang doktor aku jumpa kebanyakannya minta aku kurus, maklumlah sejak kahwin badan mula berisi sangat. Berurut usah cakp pantang orang kata sana sini bagus, set appoitment nak jumper… dukun & bomoh ( bukan sengaja tau , tak tahu sampai terjebak.. kalo teringat kembali kisah ni aku siap elak2.. cukuplah pertemuan pertama.. ) Berubat sana sini dengan ustaz-ustaz… mcm2 air dan ubat dah ku telan.. IUI pun pernah buat… sampai nak tebuk… seram dengar.. usaha tidak henti.. sehinggalah 2016 aku jejakkan kaki ke tanah suci..

    Alhamdulillah, rezeki mendapatkan MIKA MALAIKA, seorang anak yang sangt luarbiasa baik, bijak, pandai ambil hati, seorang anak yang bagiku ALLAH bagi utk mengubat lukaku, sebab memang aku yang bermasalah bukan suamiku. Siap cakap dengan suami sebelum mika lahir, kalau takder rezeki awak kahwin lah dengan orang lain. Sedih nak luahkan tapi dia juga manusia biasa. Namun kesabaran dan ketabahannya bersamaku harus kupuji. Dia tak mengambil kesempatan sikitpun pada kata-kataku yg terlafaz.. Terima kasih suamiku Reduan Syah Putra.

    Ambil anak angkat

    Allah berikan anak yang sangat istimewa di muka bumi. Aku menyambut kelahiran Mika sendiri di bilik bersalin, aku lihat bagaimana anak ni keluar dengan darah, tangan ibunya ku pegang kuat, aku tekad menjaga mika sebaiknya. Aku tatang mika bagai minyak yang penuh. Dia anak ku, kelahirannya pada bulan 2, dan dexandra lahir pada bulan 3, rezeki ALLAH beri tidak pernah putus selepas itu.. YA ALLAH..

    Setiap kali adikku -adikku kata mereka mengandung, aku tak terlepas dari bersedih, tidak lama. Tetapi air mata tetap keluar, seorang diri seharian. Pelbagai alasan ku berikan tapi mereka tahu aku bersedih. Emosi kan! Aku juga ada perasaan tau. Bagaimana aku hilangkan kesedihanku ? Seperti biasa busy kan diri dengan urusan perniagaanku. Selalu cakap seorang diri ” erna perlu tabah… cekal.. ALLAH ada “

    Kini segala hikmah terbentang.. bila ALLAH nak bagi dia akan berikan. Kun fa ya kun. Akhirnya khabar ini ku terima selepas perjumpaan ku setiap minggu dengan Dr. Thokha di johor. Setiap minggu ulang alik JB-KL dan usaha dan doa akhirnya ALLAH makbulkan. Aku tahu bukan sahaja doaku malah disebabkan doa mama ayah, adik-adik, sahabat andai, dan anak-anak tahfiz & yatim yang banyak mendoakan sehingga terlorongnya rezeki ini . ALLAH… tak terucap kata-kata terima kasih kepada mereka semua.

    Reaksi bila lihat dua garis merah

    Aku tak dapat bayangkan ketika itu wajahku dan suamiku ketika melihat 2 line merah dia atas TEST TUBE PREGNANCY. Air mata tak terkeluar depan doktor ku ucap terima kasih. Sujud syukur selepas tu kemudian keluar

    ” awak… saya mengandung!”.

    3 minggu kemudian bila doktor scan Ya ALLAH 3 kantung buatku.

    ” Awk.. 3 baby?…”

    Tak terucap… walaupun dalam hati tertanya macam mana nak jaga. Gembira dalam kebingungan..

    Aku bersyukur, aku lihat hikmah kenapa ALLAH tak berikan dengan cepat, tetapi waktu yang tepat.. kerana ketika ini perniagaan ku mula berkembang dan sudah diberikan sebaiknya tugasan menjaga perniagaan pada suami dan adik-adik yang lain supaya ketika ini, aku mampu fokus menjaga Mika Malaika dan 3 adiknya sekali dalam 1 masa. Bayangkan dengan ujian dan kesusahanku ketika dulu, masa awal-awal perkahwinan mungkin ketika itu aku betul-betul tidak bersedia dengan pelbagai tekanan. ALLAH… ENGKAU BAIK PADAKU.. apa lagi nikmat yang ingin ku dustakan.. Semuanya amanah buatku untuk ku jaga sebaiknya…

    Insya-Allah , triplets ini akan lahir bulan 5 , 2017, doakan ya ALLAH jaga dan lindungi baby kembar ini.

    Pesanan buat yang sedang menanti zuriat

    Kepada yang masih berusaha mendapatkan zuriat, jangan pernah berputus asa, bahagia & redha lah dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap sesuatu yang berlaku mungkin tidak cepat tapi ia waktu yang paling tepat buat kita.. teruskan mencari kebaikkan dan hikmah disebaliknya supaya hati sentiasa redha….Saya yakin anda juga bakal menimang cahaya mata..

    Kepada yang nak ambik anak angkat, jangan ragu. Membesarkan anak angkat banyak sangat hikmah nya. Jangan pandang dia anak luar nikah atau apa sekalipun kerana mereka tidak berdosa. Mungkin anak ini lah yg akan menjaga kita sebaiknya.

    Nanti aku nak sharedkan juga 3 kembar dalam visualization board yang ku buat 2 tahun lepas. Gambar 3 baby setiap pagi bangun ku lihat vission board ini.. ALLAH mengikut sangkaan hambanya.. MASYAALLAH.. ALHAMDULILLAH..


    Sumber: Facebook/Ernayanee Nur Julaimi, Kaki Share

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 5 Tahun Tunggu Zuriat, Hamil Kembar 3 Selepas Ambil Anak Angkat Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top