728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 10 July 2017

    30,200 Bakal Tunai Ibadah Haji





    Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia bakal berangkat untuk menunaikan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi bermula 24 Julai depan.


    Mereka akan menyertai lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah tersebut bermula dengan wukuf di Padang Arafah dijangka pada 31 Ogos depan sebelum menyempurnakan manasik haji termasuk melontar di ketiga-tiga jamrah.


    Bermula kelmarin, bakal jemaah haji menjalani kursus perdana yang dijalankan di seluruh negara sebagai persediaan lengkap sebelum berangkat ke Tanah Suci.


    Bakal jemaah haji negara ini akan berangkat ke Tanah Suci Mekah secara berperingkat dengan penerbangan pertama dijadual berlepas pada 24 Julai ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ke Jeddah serta Madinah.


    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Badlisyah Abdul Ghani berkata, bagi musim haji tahun ini, TH memperuntukkan subsidi kira-kira RM260 juta bagi kesemua 30,200 jemaah haji dari seluruh negara.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 30,200 Bakal Tunai Ibadah Haji Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top