728x90 AdSpace

  • Latest News

    Friday 14 July 2017

    3 Wanita Pemburu Air Mani Kembali Mengganas, Lelaki Cedera Dirogol





    Masih ingat insiden seorang lelaki di Afrika Selatan dirogol secara bergili-gilir oleh tiga wanita, sebelum suspek mencuri air maninya dalam insiden pada Mei 2015?

    Terbaharu, seorang lelaki berusia 39 tahun menjadi mangsa insiden yang hampir sama, dipercayai daripada kumpulan sama yang digelar sebagai ‘pemburu air mani’.

    Memetik laporan Mail Online, mangsa, yang merupakan seorang guru diculik, diberikan dadah dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita terbabit sebelum ditinggalkan di tepi jalan.

    Lelaki itu yang tinggal di bandar Makoni, Chitungwiza, Zimbakwe ditemui orang awam dan dikejarkan ke Hospital Waza.

    Doktor mengesahkan terdapat kesan lebam pada bahagian kemaluan mangsa serta wujud tanda-tanda keganasan seksual.

    Menceritakan detik hitam itu, mangsa yang tidak didedahkan identiti memberitahu bahawa ketika berada di stesen bas, kumpulan tiga wanita terbabit yang menaiki kereta jenis BMW berwarna biru gelap, dipandu seorang lelaki dan bernombor pendaftaran Arfika Selatan telah menumpangkannya, pada 2 Julai.

    Mangsa mendakwa diberikan air minuman semasa berada di dalam kereta dan sebaik sahaja meminumnya, dia berasa pening dan tidak sedarkan diri.

    “Selepas tersedar pada keesokan harinya dalam sebuah bilik kecil dan gelap, mangsa mendapati wang $120 milik telah hilang dan kemaluannya lebam.

    “Mangsa mendakwa dia kemudian dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan tiga wanita itu sambil tangannya diikat. Namun mangsa menolak permintaan mereka menyebabkan salah seorang dari wanita itu mengeluarkan pistol dan mengancam untuk menembaknya,” lapor Mail Online.

    Mangsa dipaksa minum segelas air dan pada masa yang sama salah seorang suspek wanita menanggalkan pakaiannya dan melakukan hubungan seks secara paksa.

    Seorang lagi wanita kemudian melakukan hubungan seks dengan mangsa tanpa perlindungan walaupun rakan-rakannya cuba menghalang, kata mangsa kepada polis.

    Selepas selesai melempiaskan nafsu, mangsa dengan mukanya ditutup menggunakan topi ditinggalkan ditepi jalan di perkampungan Maruta, pada 4 Julai.

    Susulan insiden itu, pihak polis kini memburu tiga wanita terbabit yang dipercayai sebahagian daripada geng perompak air mani.

    Kumpulan itu menyasarkan mangsa yang terdiri daripada pelancong dan hasil air mani itu akan dijual kononnya bagi mendapatkan tuah.

    Pada Februari lalu, seorang guru lelaki yang dalam perjalanan ke Bulawayo telah diculik, diberi dadah dan dirogol empat wanita.

    - mD

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: 3 Wanita Pemburu Air Mani Kembali Mengganas, Lelaki Cedera Dirogol Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top