Tips Peroleh Lailatul Qadar Dari Mufti Wilayah [VIDEO]

Share on Google Plus




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan beberapa tips kepada umat Islam supaya mengikut sunnah yang diajarkan Rasulullah s.a.w dalam mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadan ini.

Beliau berkata, sungguhpun berbesar hati dengan tinjauan yang dilakukan ke atas masjid dan surau yang diimarahkan jemaah untuk berqiamulail, namun beliau tetap mengesyorkan supaya umat Islam di negara ini menggandakan usaha mereka dan mendekati cara yang dibawa Rasulullah s.a.w pada sepuluh malam terakhir.

“Mengikut apa yang Rasulullah s.a.w. lakukan, kita perlu menggandakan usaha dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan ini.

“Kalau kita lihat Nabi Muhammad s.a.w, dia beriktikaf, berqiamulail dan banyak menggunakan malam untuk acara ibadah.

“Jadi, ia adalah satu usaha yang perlu disuburkan dimana ada dorongan dan sokongan daripada semua pihak. Ini kerana dengan cara ini kita dapat menambahkan aktiviti kita dengan tidak memutuskan amalan walau dalam satu malam. Ia sudah tentu dari segi amalannya kita akan mendapatkan malam lailatul qadar,” katanya kepada SuaraTV di pejabatnya.





Menurutnya, dengan usaha berganda itu tentunya sesiapa sahaja akan diberikan Allah s.w.t dengan segala apa sahaja yang dihajati.

Difahamkan, kini, sudah banyak surau dan masjid dimana Ahli jawatankuasanya bekerjasama mengadakan qiamulail dan iktikaf buat para jemaah supaya bersama-sama mendapatkan kemuliaan malam seribu bulan.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment