728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 10 June 2017

    Tak Mahu Berpisah, Ibu Sanggup Kahwin Anak





    Seorang wanita di Zimbabwe dikecam apabila mengambil keputusan berkahwin dengan anak lelakinya sendiri.

    Menurut Redpepper.co.ug, disebabkan terlalu menyayangi dan tidak mahu berpisah dengan anaknya, Betty Mbereko, 43, dikatakan sanggup menjadi isteri kepada anak tunggalnya, Farai yang berusia 26 tahun.

    Perkahwinan Betty dan Farai bagaimanapun mendapat tentangan besar daripada keluarga dan orang ramai tetapi mereka tetap meneruskan majlis tersebut.

    Selain terlalu sayang dan tidak mahu kehilangan anaknya, Betty juga telah hidup sebagai ibu tunggal sejak 12 tahun lalu.

    Menurut sumber Betty memberi alasan, berhak mengahwini anaknya kerana dia membesarkan Farai seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

    ”Saya yang besarkan dia dengan hasil kerja keras saya sendiri, seorang diri.

    ”Jadi biarlah saya teruskan hidup dengan dia. Orang lain tidak berhak untuk menghalang,” katanya lapor AstroGempak.

    Farai pula berkata dia menerima ajakan ibunya itu dengan hati yang terbuka.

    ”Saya amat bersedia untuk menjadi suami kepada ibu saya. Saya juga amat menyayanyinya dan kami mahu hidup bersama selamanya,” katanya yang sanggup memikul tanggungjawab yang telah ditinggalkan bapanya.

    Sehubungan itu, hasil daripada perkahwinan mereka, Betty telah selamat melahirkan anak kepada Farai, yang juga cucu kepadanya.

    Perkahwinan ini sememangnya mendapat tentangan hebat dari segi agama dan budaya.

    Sementara Ketua kampung memberitahu penduduk setempat tidak dapat menerima perkara ini dan menggesa agar dua beranak ini untuk segera berpisah atau berpindah ke tempat lain.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Tak Mahu Berpisah, Ibu Sanggup Kahwin Anak Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top