Suspek Kes Kematian Pelajar UPNM Didakwa Pagi Ini

Share on Google Plus




Sebahagian daripada 32 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditahan reman berhubung siasatan kes kematian seorang penuntut universiti itu, akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.

Memetik laporan BH Online, suspek kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain  akan didakwa kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad bagaimanapun tidak mendedahkan berapa ramai yang akan didakwa.

"Reman seramai 32 pelajar UPNM tamat hari ini. Sebahagian daripada mereka akan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan ringkas, pagi ini.

Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Sehubungan kes itu, seramai 36 suspek yang terdiri daripada 32 pelajar universiti itu dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ditahan reman untuk membantu siasatan.

Pada 8 Jun lalu, keempat-empat pelajar Uniten terbabit dibebaskan manakala perintah reman terhadap 32 penuntut UPNM disambung sehingga hari ini.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment