728x90 AdSpace

  • Latest News

    Thursday 15 June 2017

    Selepas Tampil Nampak T*t*k, Izara Aishah Lakukan Ini Pula...





    Lebih lima tahun aktif dalam bidang seni, kini Izara Aishah, 25, mengorak langkah sebagai usahawan kosmetik apabila tampil dengan produk kecantikan, Madame Izara.


    Bakal dilancarkan pada 15 Jun ini, sebagai langkah pertama, Izara mengeluarkan gincu dalam tiga pilihan warna menarik hanya dengan harga RM88.


    "Saya ambil masa kira-kira dua tahun untuk keluarkan gincu ini sebab saya mementingkan kualiti.


    "Tambahan pula, ini bukan produk 'rebranding', ambil gincu yang dah siap, tampal jenama saya. Tetapi adunannya saya hasilkan sendiri.


    Remaining time: 30s Powered By YuMe
    "Teksturnya berbeza berbanding gincu lain di pasaran dan telah dipatenkan di bawah jenama Madame Izara. Eksklusif!" katanya.


    Pelakon Ramadan Terindah Nuraini itu berkata demikian ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa bersama media di pusat beli-belah GLO Damansara, di sini hari ini.


    Tambah aktres cantik berkenaan, peminat yang ingin membeli gincu keluarannya boleh layari laman web www.madameizara.com atau di semua cawangan butik Aidi Juma.


    Dalam perkembangan lain, Izara yang membintangi filem pecah panggung J Revolusi akan tampil dengan drama terbaharu di slot Akasia berjudul Dia yang dijangka bersiaran pada November nanti. - UTUSAN ONLINE

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Selepas Tampil Nampak T*t*k, Izara Aishah Lakukan Ini Pula... Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top