Saya Mungkin Jadi PM Sekali Lagi - Mahathir

Share on Google Plus




Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau mungkin terpaksa mempertimbangkan cadangan menjadi perdana menteri sekali lagi - jika Pakatan Harapan (HARAPAN) merancang sedemikian.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya apabila ditanya sama ada beliau bersetuju menjadi perdana menteri sekali lagi jika pembangkang menewaskan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Saya tidak boleh membelakangkan kawan-kawan saya dalam HARAPAN. Kalau mereka mempunyai cadangan seperti itu dan dipersetujui, mungkin saya terpaksa menimbangkannya," katanya.

Bagaimanapun, Mahathir menegaskan beliau tidak bersetuju untuk menjadi perdana menteri lagi.

"Saya telah nyatakan bahawa setelah saya bersara, saya tidak akan jadi PM lagi," jelasnya.

Mahathir berulang kali menyatakan sebelum ini bahawa beliau tidak merancang untuk bertanding pada PRU14 dan tidak tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjadi pemimpin nombor satu negara buat kali kedua.

Walaupun berpendirian sedemikian, bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim merupakan antara mereka yang percaya bahawa Mahathir adalah calon terbaik untuk menjadi perdana menteri, jika pembangkang memenangi PRU14.

Mahathir juga muncul di tempat teratas dalam tinjauan Malaysiakini baru-baru ini sebagai calon perdana menteri HARAPAN.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment