PPBM Semakin Lintang Pukang

Share on Google Plus




MAKIN lama makin bergolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Walaupun kemelut itu tak nampak di peringkat pucuk pimpinannya - meskipun dikatakan antara pengerusi dan presidennya ada `perang dingin' - namun realitinya apa yang dicetuskan kalangan Exco-Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM sebenarnya lebih mencucuk.

Dengan survival parti-parti politik apatah lagi buat PPBM yang baru bertatih amat bergantung kepada tenaga penggerak muda, kemelut yang terjadi dikatakan melukakan kepimpinan PPBM.

Dan seolah-olah dua nakhoda parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terdaya berdepan dengan kejutan yang dicetuskan oleh Armada.

Padahal, apa yang dituntut oleh Armada mudah sahaja. Yakni, meminta penjelasan mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Dr. Mahathir dan skandal Muhyiddin dengan  dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee.

Kalau tidak ada yang mahu disorokkan, jawablah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kata Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar itu betul iaitu mengapa dia terus dilayan secara tidak adil, sedangkan ‘kesalahannya’ hanyalah bertanya soalan yang diajukan oleh akar umbi.

Malangnya apabila dua soalan itu gagal dijawab oleh Dr. Mahathir dan Muhyiddin, mereka buat cerita lain pula sehinggakan Muhammad Hafiz dihentam cybertrooper serta difitnah sebagai pemakan dedak.

Dr. Mahathir dan Muhyiddin kini harus buka mata bahawa penentangan terhadap mereka bukan lagi dari  luar atau parti lawannya, UMNO tetapi perang itu telah bergelora dalam parti itu sendiri.

Selepas dipertikaikan oleh Muhammad Hafiz, seorang lagi Exco Armada, Taufik Abas pula tampil menyokongnya.

Hakikatnya bukan senang mahu menggerakkan sebuah parti baharu. Kalau setakat mahu menjayakan agenda peribadi dan dendam untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Mahathir kini harus berfikir banyak kali.

Uruskan dahulu parti anda yang kini sudah lintang pukang sebelum mahu memikirkan agenda peribadi yang lebih besar.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment