728x90 AdSpace

  • Latest News

    Tuesday 13 June 2017

    Pelaku Homoseksual Berisiko Tinggi Sebar Virus Zika





    Majalah New Scientist keluaran Mac 2017, memuatkan makalah bertajuk “Dormant Zika Is Back For Round Two”.

    Makalah memaparkan usaha Gabriela Paz Bailey dan rakan sekerjanya di US Centers For Disease Control (CDC) yang menyiasat tempoh berapa lama virus Zika dapat hidup di dalam cecair tubuh manusia.

    Kajian mendapati, virus Zika hidup paling lama di dalam cecair mani manusia.

    Sampel cecair mani dari 55 orang lelaki yang terjangkit dengan virus ini, separuh daripada mereka bebas daripada virus ini dalam tempoh sebulan. Manakala 5 peratus daripada mereka, masih mempunyai kesan virus tersebut di dalam sampel mani mereka 3 bulan kemudian.

    Kajian ini dibentangkan Bailey di Conference On Retroviruses and Opportunistic Infections di Seatle pada Februari 2017.

    Walaupun hanya sebahagian kes jangkitan melalui hubungan seksual dikesan, Laurent Hebert-Dufresne yang beribu pejabat di Santa Fe Institute in New Mexico berpendapat, berkemungkinan terdapat lebih banyak kes di luar sana yang tidak dilaporkan.

    Melalui penemuan bahawa virus Zika hidup paling lama di dalam cecair mani manusia, Hebert-Dufresne menambah, terdapat risiko tertentu golongan lelaki yang mengadakan hubungan seksual sesama lelaki akan terjangkit dan menjadi penyebar virus ini.

    Mereka juga merupakan golongan yang berkemungkinan tidak menjalani ujian bagi mengenalpasti jangkitan Zika ini. Rujukan: 1. Hamzelou, Jessica. “Dormant Zika is back for round two.” New Scientist. Vol233 (3116). 11 Mac 2017: 8. Print

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Pelaku Homoseksual Berisiko Tinggi Sebar Virus Zika Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top