Najib Razak Ucap Takziah Kemangkatan Adinda Sultan Selangor

Share on Google Plus



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan, adinda Sultan Selangor, Yang Amat Mulia, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Dalam catatan terbaharu di laman sosial Twitternya malam tadi, Najib turut mendoakan agar Almahrum dicucurkan rahmat.

“Innalillahiwainnailaihiraajiun. Terima berita sedih kemangkatan YAM Tengku Puteri Sofiah, adinda Sultan Selangor.

“Semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” kata Najib.

Tengku Puteri Sofiah, 68, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kira-kira pukul 4 petang tadi dan jenazahnya dibawa ke Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang untuk disembahyangkan.

Majlis pemakaman jenazah dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam di Seksyen 5, Shah Alam pada kira-kira 10 pagi esok.

- UTUSAN ONLINE


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment