Najib Razak Minta Pengguna Media Sosial Sebar Berita Positif

Share on Google Plus




Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pengguna media sosia agar menyebarkan berita-berita positif yang melibatkan negara dan bukannya berita-berita negatif.

Menurut beliau, pengguna perlu menggunakan pengaruh yang ada untuk menyebarkan semangat cinta akan tanah air.

Hal ini ekoran kerana pengaruh media sosial sangat besar dan mampu mempengaruhi masyarakat.

“Kuasa media sosial tidak boleh dipandang rendah. Lebih 20 juta rakyat kita merupakan pengguna media sosial dan saya percaya ini menjadikan media sosial satu platform penyebaran maklumat yang sangat efektif.

“Twitter, Facebook, Instagram dan banyak lagi platform lain, semuanya membenarkan kita mengemas kini status dan maklumat secara ‘real time’ (masa sebenar),” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa #MariBerjumpaRamadan, di Kuala Lumpur, semalam.

Muat naik  mengenai majlis itu dimuat naik menerusi laman blog beliau www.najibrazak.com.

Tambah beliau lagi, melalui media sosial, beliau berupaya berinteraksi dan mendekati rakyat, lebih-lebih lagi orang muda yang rata-ratanya pengguna platform berkenaan, tanpa batas-batas protokol.

“Melalui program #MariBerhubung yang dilaksanakan sejak 2014, ramai pengguna dan nama-nama besar media sosial yang telah saya dekati ketika sesi-sesi santai di mana kami berbincang berkenaan isu-isu semasa dan mereka juga berpeluang untuk memberi pendapat serta maklum balas secara terus kepada saya,” ujarnya.

Beliau juga yakin negara akan berjaya melahirkan sebuah masyarakat yang positif dan saling menyayangi jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing di media sosial.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi; selebriti media sosial Wak Doyok; pereka fesyen Fuzana Mokhtaza; pengasas Kilang Bateri di Johor, Johan Ropi; dan ikon-ikon Negaraku.

Turut hadir sama aktivis masyarakat Kuan Chee Heng yang terkenal dengan usahanya membantu mereka yang tidak berkemampuan ke hospital menerusi perkhidmatan pengangkutan pada kadar 10 sen.

Pada majlis tersebut, seramai 60 anak-anak dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) diraikan oleh Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment