Muhyiddin Tempelak Mahathir Soal Calon PM? Minta Bincang Dahulu...

Share on Google Plus




Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.

Menurutnya, jika pemimpin Pakatan Harapan berterusan dengan isu ini, implikasinya adalah pada pengundi.

"Selagi tak capai kata sepakat, elok tidak keluar apa-apa kenyataan kerana ia boleh jejaskan keyakinan pengundi.

"Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang boleh memimpin negara, tidak kira individu daripada mana-mana parti pun, asalkan layak, tentu disokong," katanya ketika sidang media Bersatu, hari ini.

Terdahulu, Pakatan Harapan belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemilihan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.

Sementara itu, Muhyiddin meminta supaya tidak ada sikap mementingkan parti berbanding rakyat.

"Pemimpin tidak boleh bersikap pentingkan parti melebihi rakyat kerana apa yang rakyat inginkan adalah lebih penting daripada apa yang parti mahukan,"katanya lagi.



- Sinar Harian


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment