Kempen Semua Salah Najib Telah Huru-harakan Rakyat Malaysia

Share on Google Plus




Boleh dikatakan hampir setiap hari Datuk Seri Najib Tun Razak diserang oleh pembangkang dengan semua benda cuba dijadikan sebagai isu. Walaupun isu yang dibangkitkan itu tidak ada kena mengena pun dengan Perdana Menteri namun tetap Najib yang salah.

Bayangkan, kalau minyak naik pun Najib dipersalahkan. Tak dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun beliau tetap dikatakan salah. Itu belum lagi isu lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hari-hari dimainkan oleh pembangkang apatah lagi dalam bulan Ramadan ini.

Kalau benda buruk memang salah Najib tetapi masuk `part’ di mana mereka mendapat kesenangan atau kemudahan, mereka langsung lupa Najib. Macam pelaksanaan projek Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT) membabitkan laluan Semantan-Kajang yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai depan oleh Najib.

Setakat ini belum nampak pembangkang memuji. Mungkin mereka sedang menunggu masa kalau-kalau berlaku masalah pada sistem MRT itu nanti, maka dengan pantas mereka akan menyalahkan Najib.

Sedangkan banyak perkara baik yang dilaksanakan Najib tapi langsung tidak disentuh. Pembangkang hanya sibuk cari salah Najib sedangkan pemimpin di negeri pembangkang lagi banyak buruknya tapi didiamkan.

Sebagai contoh, cuba lihat pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Banyak perkara berlaku dengan yang besar adalah apabila beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Tidak pula pembangkang hebohkannya dan mereka diamkan sahaja apabila terdapat gesaan supaya Guan Eng letak jawatan atau bercuti sementara.

Cuba kalau Najib. Walaupun beliau disahkan tidak terlibat dengan penyelewengan dalam 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion, namun hingga kini pembangkang terus mencari salah beliau.

Cuba tengok Guan Eng. Terdapat beberapa perkara yang jelas berlaku depan mata tapi semua membisu. Contohnya kes di mana dua lelaki yang naik angin apabila gerai mereka diserbu, telah melarikan lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Tanjong Tokong pada 5 Mei lalu.

Mereka marah dan mendakwa MBPP serta Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.

Begitu juga kes dimana pemandu Uber dibelasah beberapa hari lepas kerana dituduh mencabul seorang wanita warga Vietnam di Lintang Paya Terubong 1. Kalau dia bersalah sekalipun, bawalah ke balai, bukannya dengan cara membelasahnya dan menjahanamkan keretanya.

Tapi Guan Eng tidak pula dipersalahkan. Cuba kalau kes ini berlaku di Putrajaya, sudah pasti nama Najib juga yang dikaitkan dan dipersalahkan. Tentu sudah ada suara sumbang menyuruh beliau meletak jawatan.

Betullah kata Najib Menteri, rakyat Malaysia ini ada yang pelik kerana benda kecil yang tiada kaitan pun, tetap dikaitkan dengan beliau.

“Malaysia ini pelik – jika harga bahan api meningkat, biasanya PM dipersalahkan; jika harga minyak jatuh, tiada yang berikan pujian. Harga bahan api telah jatuh dua kali berturut-turut, tetapi tiada siapa yang mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri,” katanya sesi dialog dengan kakitangan Prasarana di Kuala Lumpur semalam.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment