728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 17 June 2017

    JAWI Tak Nak Ulas Isu Niat Puasa Kerana Malaysia, Bukan Kerana Allah





    Program “Berpuasa Kerana Malaysia” yang dianjurkan secara bersama oleh pendukung gerakan LGBT dan penganut agama-agama lain akan diteruskan pada Sabtu, 17 Jun 2017.


    Acara akan bermula dengan aktiviti bersahur di restoran Pelita Bangsar pada jam 4 pagi dan seterusnya berjumpa kembali untuk majlis berbuka di Wondermama, Bangsar pada jam 6:45 petang.


    Slogan kempen ini adalah ‘Puasa untuk Malaysia 2017’ mendapat kecaman dan teguran pelbagai pihak kerana ia menjejaskan niat ibadah puasa di kalangan umat Islam.


    Mufti Selangor, SS Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, ibadah puasa yang wajib ke atas umat Islam adalah kerana Allah.


    “Kita tidak boleh kata puasa untuk Malaysia kerana puasa adalah kerana Allah. Jadi, kita tidak boleh niat berpuasa untuk yang lain, tiada dua atau tiga dalam satu,” ia sepertimana kenyataannya yang dipetik mstar Online.


    Menara.my telah cuba mendapatkan pandangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkenaan penganjuran program ini yang berjalan di bawah jurisdiksi kuasa JAWI.


    Pengarah JAWI Abdul Aziz Bin Jusoh, walaubagaimanapun mengelak untuk memberikan sebarang komen berkenaan isu ini.


    Program ini dijangka berjalan lancar hasil usaha dan kerjasama, muslimah biseksual Lyana Khairudidn, aktivis pak nyah Mitch Yusmar Yusof, dan seorang pastor dari Bangsar yang sering mengadakan aktiviti bersama belia Melayu Muslim, Sivin Kit.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: JAWI Tak Nak Ulas Isu Niat Puasa Kerana Malaysia, Bukan Kerana Allah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top