Isa Samad Sudah Tidak Diperlukan Lagi...

Share on Google Plus




Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda (SGK2F) sebulat suara mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Isa Samad untuk melepaskan jawatan beliau di dalam pengurusan badan tersebut.


Penasihatnya, Datuk Zulkefli Nordin berkata, Isa perlu dikeluarkan daripada pengurusan FGV bagi bolehkan siasatan lebih adil dapat dijalankan berhubung isu melibatkan Presiden dan Ketua Pengarah Urusan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad.


“Kami mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak arah Isa lepas jawatan beliau sama seperti Zakaria.


“SGK2F beranggapan beliau (Isa) sudah tidak diperlukan lagi dalam pengurusan FGV,”katanya ketika sidang media di Hotel Grand Season, semalam.


Menyentuh kepimpinan Zakaria, Zulkefli memaklumkan beliau baik dalam menjalankan tugas dan tidak pernah menimbulkan masalah dalam pengurusan FGV.


Menurut Zulkefli, Zakaria juga anak peneroka yang komited dalam tugas dan layak memegang jawatan itu.


“Kami anak Felda tidak ada wakil dalam FGV dan kami cuma harap jika Datuk Zakaria ada dalam FGV, beliau paling layak jaga kepentingan mak ayah kami,” katanya.




- Sinar Harian


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment