DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan

Share on Google Plus



DAP hari ini dengan tegas menolak keghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden dilihat sebagai tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja menganggotai Pakatan Harapan.

“Saya tidak akan setuju jawatan Pengerusi dan Presiden daripada pemimpin PPBM, jawatan itu perlu disandang oleh pemimpin lain.

“PPBM perlu melakukan perundingan dengan parti-parti lain. Saya tidak akan setuju jika kedua-dua jawatan itu dalam kalangan pemimpin PPBM,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita themalaymailonline.com, hari ini.

Minggu lalu, portal berkenaan melaporkan PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Tim-balan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presi­den Pakatan Harapan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.

Guan Eng bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir boleh diberi keutamaan dalam Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman beliau selaku bekas Perdana Menteri.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP dan parti-parti lain dalam pakatan tersebut masih menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.

“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

- Utusan Malaysia


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment