‘Dah Lawa Pakai Tudung, Tapi Dada Terjojol Sangat’

Share on Google Plus



TIADA siapa boleh menafikan kecantikan yang dimiliki pelakon Nur Fazura Sharifuddin. Memang jenis cantik yang tak jemu dipandang.

Dan kalau anda perhatikan sejak membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fazura muncul dengan imej bertudung jika menghadiri mana-mana majlis keraian sepanjang bulan Ramadan ini.

Kebanyakan peminat aktres jelita ini turut memuji penampilan Fazura yang kelihatan cukup ayu berhijab.


Namun begitu, ada juga sesetengah pengikut Fazura yang menegur mengenai cara pemakaian Fazura.

Mereka mengakui walaupun Fazura cantik bertudung, namun tudung yang digayakannya tidak dilabuhkan sehingga menutup dadanya.

@fifinsyafitri menulis, “Cantik memang cantik.. Alhamdulillah lawa je pakai tudung tu.. tapi sayangnya dada tu tertonjol sangat. Gagal fokus dibuatnya.”

“Perbaikilah penampilan.. jangan disebabkan fesyen, hukum agama diketepikan… InsyaAllah sama-sama kita perbaiki na,” tulis @akmal7015.

Ada juga netizen menggunakan pendekatan menegur yang kedengaran agak kasar seperti @aiman3385 ini, “Woi Fazura tak boleh ke kau pakai tudung tu elok-elok, menghina agama Islam je pakai tudung nampak dada bodoh.”




Mungkin Fazura masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan imej berhijab, macam orang selalu cakap perlahan-lahan kayuh.

Apa-apa pun bertudung atau tidak, Fazura tetap cantik dan menawan seperti selalu! – MYNEWSHUB.CC


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment