728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 11 June 2017

    Daesh Sering 'Mengintai' Belia, Kata KJ





    Penyusupan militan Daesh dengan menubuhkan kubu di Asia Tenggara mengundang risiko belia di negara ini lebih mudah ditarbiyah dan direkrut.


    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata penularan gerakan dan pengaruh militan itu bakal mencetuskan kemungkinan serangan yang didalangi hanya seorang individu atau 'lone wolf' di Malaysia semakin meruncing.


    Katanya, serangan 'lone wolf' paling sukar dikesan kerana gerakan sedemikian tidak perlu didalangi kumpulan besar, malah memadai dengan sebutir bom dan diletupkan di kawasan sasaran.


    "Saya risau dalam konteks majoriti rakyat Malaysia yang terbabit dalam Daesh adalah daripada golongan belia, iaitu orang muda yang 'radicalise' (mempunyai fahaman radikal).


    "Sebab itu @HishammuddinH2O (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) ke Mindanao Jumaat lalu untuk bincang kerjasama dengan Menteri Pertahanan Filipina dalam menangani ancaman Daesh.


    "Mungkin rakyat Malaysia tidak pandang serius perkembangan ini, tetapi ia adalah ancaman keselamatan nombor satu terhadap negara kita," katanya menerusi Twitter rasminya, @Khairykj, pagi ini.


    Beliau mengutarakan reaksi berkenaan ketika mengupas artikel mengenai ancaman militan Daesh yang kini berpusat di wilayah Mindanao, sekali gus mengundang bahaya di rantau ini, khususnya negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.


    Khairy berkata, serangan terhadap Marawi adalah permulaan gerakan Daesh selepas 400 anggota militan berkenaan berjaya bertapak di bandar terbabit tanpa dikesan pihak berkuasa.


    "Satu kumpulan perang Daesh, Katibah Nusantara ditubuhkan untuk menarik pengganas yang tidak dapat pergi ke Syria atau pulang dari Asia barat.


    "Dengan sejarah pemberontakan, selatan Filipina mempunyai sempadan yang mudah diceroboh dan pelbagai puak pengganas tempatan yang aktif, sekali gus memberi tempat sempurna untuk Daesh bertapak.


    "Apabila Daesh semakin kehilangan pengaruh dan wilayah di Syria, pengganas mereka mula mencari wilayah baharu sebagai kubu dan kawasan tumpuan," katanya.


    Sehubungan itu, katanya, analisis bahawa ancaman Daesh kini hanya di 'muka pintu' negara di rantau ini adalah tepat dan menakutkan.


    Beliau berkata, penularan Daesh dengan bertapak di Asia Tenggara adalah isyarat gerakan militan itu ketika ini tidak jauh untuk melebarkan pengaruh dan ideologinya ke sempadan Malaysia.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Daesh Sering 'Mengintai' Belia, Kata KJ Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top