Cukai Pelancongan : Kenapa Terlalu Rakus & Gelojoh Sangat Menteri?

Share on Google Plus




Tindakan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menempelak rakan sejawat Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai “baru setahun jagung” dan “jahil” sangat memalukan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Abdul Karim berhak mempertikaikan cukai pelancongan yang dikenakan oleh Kementerian Pelancongan ke atas hotel-hotel di negara ini terutamanya di Sarawak dan Sabah kerana kutipan cukai seperti selalunya di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri.

Mengapa Kementerian Pelancongan begitu beria-ria melaksanakan kutipan cukai ini dalam masa terdekat merupakan satu misteri.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen tidak memadai untuk menghalalkan untuk Menteri Persekutuan hina rakan sejawat dari Sarawak.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen sahaja tidak sepatutnya untuk mewajarkan kontroversi ini ketika kita akan berhadapan pilihan raya beberapa bulan akan datang.

Apakah alasan sudah diluluskan Parlimen sahaja sudah mencukupi untuk kita tidak boleh mempertikaikannya lagi?

Anehnya, bacaan kali pertama dibuat pada bulan April lepas dibentang dan diluluskan pada jam 3 pagi dengan 70 klausa. Dan tiga bulan kemudian sudah diwartakan untuk pelaksanaannya. Gelojoh sungguh hendak kutip duit buat pegawai promosi pelancongan berjalan.

Pertanyaa lebih serius ialah mengapa semua rakyat yang menginap di hotel perlu bayar sedangkan kami telah membayar GST dalam transaksi yang sama?

Sewajarnya tiada cukai pelancongan kerana Malaysia berusaha menarik pelancong bukannya terlebih pelancong seperti sesetengah negara.

Namun jika mahu dikenakan pun, cukai ini sewajarnya dikenakan kepada pelancong asing sahaja bukan kepada semua rakyat Malaysia yang telah membayar GST, cukai pendapatan dan cukai korporat.




Oleh : Ab Jalil Backer


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment