728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 10 June 2017

    Cantiknya... Mira Filzah 'Versi' Gadis Keningau Tular Di Media Sosial





    DEK memilik wajah mirip beberapa artis terkenal tanah air dan luar negara, seorang gadis dari Keningau, Sabah sekelip mata menjadi popular menerusi laman sosial.

    Ia berlaku selepas beberapa keping gambarnya menjadi tular, baru-baru ini.

    Remaja berkenaan, Tracie Sinidol, 16, dikatakan saling tidak tumpah dengan wajah pelakon Mira Filzah, Diana Dianelle, dan model dari China, Angela Baby.





    Tuah dimiliki itu bukan sahaja membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai jika keluar berjalan-jalan tetapi turut mendatang rezeki apabila sudah mula ‘dilamar’ beberapa syarikat produksi yang berminat menjadikannya model.

    Sementara itu, Tracie yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau akui terkejut sebaik sahaja dimaklumkan rakannya yang gambarnya telah menjadi tular.

    “Sebelum ini tidak ada sesiapa yang mengaitkan wajah saya dengan mana-mana artis sehingga gambar saya menjadi tular dan dikatakan mirip dengan Mira Filzah.

    “Rasa bangga itu memang ada kerana dianugerahkan paras rupa sempurna namun saya tidak boleh meninggi diri kerana saya juga manusia sama seperti orang lain yang ada kelebihan masing-masing,” katanya kepada Harian Metro

    Dalam pada itu, Tracie masih lagi mempertimbangkan tawaran sebagai model tersebut memandangkan khuatir sekiranya akan mengganggu pelajarannya.

    “Belum sempat saya terima tawaran model atau berlakon, sudah ada beberapa pihak yang mewujudkan akaun laman sosial palsu dengan menggunakan identiti serta gambar saya.

    “Biarpun akaun palsu itu menerima lebih 13,000 pengikut, saya rasa kecewa kerana itu bukan diri saya sebenar dan khuatir maklumat yang disampaikan akan mengancam saya,” katanya.

    Tracie merupakan anak kelima pasangan kepada Sinidol Stimin dan Veronica Tajin serta juga memiliki sembilan beradik.





    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Cantiknya... Mira Filzah 'Versi' Gadis Keningau Tular Di Media Sosial Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top