Bersediakah Mahathir Minta Maaf Kepada Mangsa Operasi Lalang?

Share on Google Plus




Beberapa hari lepas, penasihat pertubuhan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong telah mengulangi tuntutannya supaya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana Operasi Lalang 1987.

Kua menegaskan bahawa Mahathir, semasa menjadi perdana menteri, pernah menggunakan undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dalam “Ops Lalang” untuk menyerang badan kehakiman dan membiarkan kemerosotan institusi demokrasi.

Dalam operasi berkenaan, seramai 106 orang ditangkap, termasuk aktivis, pelajar, ahli politik dan artis ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain Kua, turut ditahan adalah Lim Kit Siang, Karpal Sing dan Ibrahim Ali.

Namun bagi Kua, bukan sahaja maaf malah beliau mahu Mahathir menunjukkan akan kekesalannya. Untuk rekod ISA telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September 2011.

Memang selama ini ramai bekas tahanan ISA menuntut supaya Mahathir meminta maaf namun beliau masih belum berbuat demikian.

Malah ini bukan kali pertama Kua membuat cabaran berkenaan.

Pada 2014, Mahathir menafikan beliau bertanggungjawab dalam Ops Lalang kerana berada di China ketika itu. Namun Mahathir tidak boleh menafikan perkara itu kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri ketika Ops Lalang dilancarkan pada 1987.

Bukan Kua sahaja, Lim Kit Siang yang kini sekutu Mahathir sendiri pernah membidas Mahathir kerana Ops Lalang ini.

Kit Siang juga pernah menyatakan bahawa Mahathir melakukan cara yang paling tidak layak dan pengecut apabila menafikan beliau bertanggungjawab dalam Ops Lalang sedangkan ketika itu beliau adalah Menteri Dalam Negeri.

Kit Siang sebelum ini pernah meminta Mahathir bertanggungjawab memohon maaf kepada semua 108 orang ditahan dalam Ops Lalang itu. Tapi itu dulu ketika mereka adalah musuh namun sekarang disebabkan kedua-duanya sudah duduk sepentas, jadi permohonan maaf itu tidak lagi diperkatakan.


https://www.roketkini.com/2014/02/17/ops-lalang/


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment