AMK PKR Larang Tun Dr Mahathir Mohamad Bertanding PRU14

Share on Google Plus




Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menggesa Tun  Mahathir Mohamad membuat pengumuman yang sama seperti pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menawarkan diri sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

Timbalan AMK, Dr Afif Bahardin kemudiannya berkata Mahathir seharusnya menggunakan kapasitinya sebangai 'negarawan' untuk memberi nasihat dan panduan kepada gagasan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

“Kami berharap Mahathir juga akan dapat memberikan komitmen bahawa beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekaligus tidak menawarkan diri untuk menjadi calon perdana menteri,” katanya memetik laporan sebuah portal.

Afif seterusnya berkata, meskipun terkilan dengan pendirian Anwar berhubung isu jawatan itu, AMK bagaimanapun menghormati keputusan tersebut.

Sabtu lalu, Anwar dalam satu kenyataannya melalui ibu pejabat PKR menyatakan bahawa beliau bersetuju sekiranya Mahathir diberikan peranan penting dalam PH, namun menolak penguasaan PPBM dalam jawatan pengerusi dan presiden dalam gagasan itu.

Parti komponen PH kini dikatakan bertelagah mengenai struktur organisasi baru pakatan itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diberikan jawatan utama dan sekadar menjadi timbalan.

Anwar yang dinamakan penasihat dalam senarai itu menolak pengerusi PH mempunyai kuasa pemutus sebaliknya hanya perlu diberi tugas-tugas menyelaras.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment