728x90 AdSpace

  • Latest News

    Wednesday 14 June 2017

    Ada Iras Fazura Tak?





    AIK… kembar ke? Untung la kalau muka tu sama. Nak pula dengan artis popular, mesti bertuah badan.


    Itulah yang dialami gadis comel, Nur Syazana Romli yang turut menumpang tuah Fazura gara-gara mereka dikatakan seiras dan seterusnya ia menjadi tular di media sosial.


    Syazana, 19, berkata, dia turut disapa sebagai Nura Medina iaitu nama watak Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.


    “Itulah, di laman sosial memang ramai yang komen muka kami seiras, lebih-lebih lagi drama Hero Seorang Cinderella sedang hangat, ada juga yang komen saya seperti Nura Medina.


    “Saya tidak pernah rasa rimas pun, lagi pula sekarang saya juga membawa nama Fazura iaitu sebagai duta kepada House of Dolls miliknya. Jadi, semua perkara yang melibatkan industri seni perlu mendapat nasihat daripada dia dahulu,” ujarnya kepada mStar Online.






    Syazana mengakui laman sosial Instagramnya meningkat lebih 259,000 gara-gara wajahnya seiras penyanyi lagu Hancur Aku itu.


    Selain itu, gadis berasal dari Melaka ini berkata, dia turut mendapat perlawaan untuk membintangi beberapa drama tempatan, namun terpaksa ditolak berikutan belum bersedia.


    Kata Syzana, buat masa ini dia cenderung memilih bidang peragaan sebagai sumber pendapatan sampingan.


    Katanya, dia juga baharu selesai penggambaran untuk sebuah muzik video kumpulan Nominos berjudul Fall In Love.


    “Tawaran untuk berlakon ada tapi saya tidak berminat buat masa ini. Jika untuk model saya boleh.


    “Baru-baru ini saya ada terlibat sebagai model dalam muzik video kumpulan Nominos. Bagi saya pengalaman berlakon untuk muzik video itu mudah kerana tidak perlu berdialog,” ujarnya.


    Dalam pada itu, Syazana berkata, dia kini sibuk dengan pengajiannya di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Johor Bahru.-MS

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Ada Iras Fazura Tak? Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top