728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 7 May 2017

    Wanita Boleh Keluar Tanpa Keizinan Penjaga




    Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman terus melaksanakan perubahan dalam membela golongan wanita apabila melonggarkan sistem penjagaan kaum lelaki terhadap golongan tersebut.



    Arab Saudi kenali sebagai negara yang mengenakan kawalan ketat terhadap golongan wanita yang perlu diletakkan di bawah penjagaan lelaki selain wanita tidak dibenarkan memandu dan perlu memakai hijab apabila berada di khalayak ramai.



    Malah wanita di negara itu juga perlu mendapatkan kebenaran golongan lelaki untuk mengembara, menyambung pengajian dan mendapatkan rawatan tertentu.



    Namun laporan media tempatan baru-baru ini menyebut, Raja Salman mengeluarkan arahan untuk membenarkan golongan wanita mendapat manfaat daripada perkhidmatan kerajaan termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan tanpa memerlukan kelulusan daripada penjaga lelaki mereka.



    Langkah itu membolehkan mereka menyambung pengajian dan mendapatkan rawatan di hospital, bekerja di sektor awam dan swasta serta tampil ke perbicaraan tanpa perlu mendapatkan kelulusan.



    Perkara itu dimaklumkan oleh pengarah kumpulan hak asasi manusia yang beribu pejabat di Jeddah, Maha Akeel yang mengemudi Pertubuhan Kerjasama Islam.



    "Kini sekurang-kurangnya (keputusan) itu membuka ruang untuk rundingan berhubung sistem penjagaan.



    "Wanita merupakan golongan bebas dan boleh mejaga diri mereka sendiri," katanya seperti dilaporkan Mail Online.



    Sistem penjagaan lelaki yang memerlukan wanita untuk mendapatkan kebenaran daripada ayah, suami atau anak lelaki untuk belajar atau berkahwin merupakan penghalang hak asasi wanita.



    "Sistem penjagaan lelaki tidak Islam dan memalukan golongan wanita.



    "Segelintir penjagaan mengambil kesempatan atas sistem ini untuk kepentingan diri.



    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Wanita Boleh Keluar Tanpa Keizinan Penjaga Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top