Tiga Ahli UMNO Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang

Share on Google Plus



Tiga ahli UMNO yang telah banyak menyumbang kepada parti dan negara akan menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang pada sambutan ulang tahun UMNO ke-71 yang bakal berlangsung pada 11 Mei ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, antara kriteria pemilihan personaliti-personaliti ini ialah mereka telah berkhidmat dengan parti untuk suatu tempoh yang panjang dan setia kepadanya, selain menyumbang kepada pembangunan negara.

“Nama-nama mereka akan diumumkan ketika malam sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat teknikal sambutan ulang tahun ke-71 UMNO baru-baru ini.

Bekas penerima anugerah itu termasuklah veteran UMNO, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Tapa; Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub dan penulis, Khalidah Adibah Amin.

Ab. Rauf berkata, pelbagai aktiviti akan dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun itu, termasuklah larian bendera di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah, bermula 1 Mei dan berakhir pada 11 Mei di Bukit Jalil.

Beliau berkata, acara sukan seperti bola sepak dan tarik tali akan diadakan, selain karnival kerjaya yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO serta Karnival WOW oleh Media Prima pada 10 Mei di pekarangan stadium.

Ab. Rauf memberitahu, le­bih 120,000 ahli parti dijangka hadir pada malam sambutan 11 Mei itu dengan upacara penye­rahan serta menaikkan bendera UMNO dan ucapan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli-ahli UMNO yang hadir pada majlis sambutan itu berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai RM1 juta yang meliputi enam kereta iaitu Proton Perdana, Suprima, Persona, Preve, Iriz, Saga dan Perodua Myvi selain 10 motosikal.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment