Selepas 4 Tahun PRU13, BN Tunai Janji, Pembangkang Mungkir Janji

Share on Google Plus



Hari ini, genap empat tahun Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan. Ketika kita menanti debaran bilakah PRU ke-14 akan dilaksanakan, kita tidak boleh melupakan akan janji-janji yang telah dibuat oleh parti yang bertanding pada PRU ke-13 lalu.

Melihat kepada janji-janji Barisan Nasional (BN) sebelum ini, banyak yang telah dilaksanakan menerusi program transformasi yang diperkenalkan kepada negara menerusi pembangunan ekonomi, pendidikan, belia, wanita dan agama.

Prestasi akujanji manifesto BN yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 6 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil sudah 83% dilaksanakan sehingga November 2016.

Manifesto BN mengandungi 17 inisiatif dengan 156 inisiatif strategik membabitkan 4,797 projek. 383 projek menanggani kos sara hidup sudah dilaksanakan BN, menurut sumber Unit Penyelarasan Perlaksanaan, ICU, Jabatan Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, imej negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa disebabkan pembangunan yang dicapai oleh negara. Baru baru ini IMF, mengiktiraf ekonomi negara yang kekal stabil biarpun ekonomi global perlahan.

Program yang Datuk Seri Najib laksanakan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja diterima oleh penduduk di negara ini malah  pakar-pakar ekonomi dunia turut memujinya kerana ia merupakan langkah tepat untuk merangsang ekonomi.

Malahan sekumpulan tokoh ekonomi terkemuka di Britain mencadangkan kepada Bank Pusat negara itu supaya melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Bukan itu sahaja, Bank Dunia turut mengiktiraf pembangunan di Malaysia dengan laporan terbarunya menyatakan bahawa Malaysia merupakan salah satu daripada 13 negara yang dikenalpasti  dalam laporan pertumbuhan dan pembangunan dengan mencatatkan pertumbuhan purata lebih tujuh peratus setahun dalam tempoh 25 tahun.

Sukar untuk mempertikai pengiktirafan Bank Dunia ini kerana ia merupakan satu penanda aras yang digunapakai di seluruh dunia.

Berbeza pula dengan pembangkang. Adakah kita pernah mendengar antarabangsa memberikan pujian kepada Lim Guan Eng atau Mohamed Azmin Ali mengenai pentadbiran mereka? Statistik membuktikan pelaburan ke Penang merosot selama 9 tahun di bawah kerajaan DAP.

Tengoklah sendiri pada pembangkang. Apa jadi dengan Buku Jingga mereka? Buku itu yang sebelum ini menjadi panduan pakatan sebenarnya telah lenyap dengan segala janji yang dibuat pada PRU-13 lalu juga hilang begitu sahaja.

Itu bab janji-janji pilihan raya, belum lagi disentuh mengenai kesepakatan dalam Pakatan Harapan sendiri. Bab logo pun satu hal. Benda yang penting itu pun tidak dapat diselesaikan sampai berlaku gaduh besar.

Begitu juga dengan jawatan Perdana Menteri. Tiada siapa yang dinamakan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang. Bukankah Pakatan Harapan sepatutnya menamakan calon Perdana Menteri sebelum PRU ke-14 diadakan?

Kalau dilihat kepada keadaan Pakatan Harapan ketika ini, janganlah beri harapan kepada mereka untuk memimpin negara. Hancur lebur jadinya nanti sebab banyak sangat "kepala" yang hendak rebut kerusi.

Jauh beza prestasi selepas 4 tahun antara BN dan pembangkang. BN berkerja memberi khidmat pada rakyat. Menunaikan janji masa hari mengundi.

Pembangkang sebaliknya lari selepas habis hari mengundi. Masa hari kempen datanglah mereka bawa pelbagai janji, selepas 4 tahun mereka terbukti memungkiri janji.

Mahu beri undi lagi pada pembangkang yang macam ini? Sudah sudahlah. Belajarlah erti serik sama orang Penang dan Selangor.




Tulisan :
Beruang Biru


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment