Punggung Boleh Leper Jika Duduk Sepanjang Hari – Kajian

Share on Google Plus
GAMBAR HIASAN



Betulkah punggung boleh leper kerana duduk sepanjang hari? Ya! Ini dikenali sebagai ‘Office Ass’, punggung boleh menjadi leper kerana duduk berterusan di pejabat sepanjang hari.

Ini antara perkara yang paling ditakuti wanita seluruh dunia!

Duduk terlalu lama di meja kerja selama lapan jam atau lebih dalam sehari anda akan terdedah kepada tekanan darah tinggi, serangan jantung, kemurungan dan paling teruk, punggung akan menjadi leper.

Ahli terapi fizikal, Abby Bales mendedahkan kepada The New York Post, semakin lama seseorang duduk tanpa bergerak, kemungkinan besar, ‘kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul dan berisiko untuk memiliki punggung leper.’

Apa nak buat? Anda hanya perlu luangkan masa hanya selama 5 minit setiap 2 jam untuk berjalan di sekitar pejabat kalau tak nak punggung menjadi leper.

Jika hanya duduk di pejabat malah tidak mempunyai masa untuk bersenam di siang hari, tapi dengan hanya berdiri atau berjalan di sekitar pejabat selama lima minit setiap sejam boleh ‘meningkatkan keanjalan pinggul’ dan mengaktifkan otot-otot punggung agar tidak meleper.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk rehat setiap jam, Bales mencadangkan supaya berdiri tegak, letakkan kusyen pada separuh belakang kerusi dan pilih untuk berjalan ke tempat kerja daripada memandu.

Walaupun sibuk dengan tugasan, pastikan untuk berjalan-jalan seketika (ke bilik air, keluar dari pejabat untuk makan tengahari, atau sekadar berjalan keliling pejabat untuk hirup udara sambil tenangkan minda).

Sumber: The New York Post/Tess Koman


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment