728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday 20 May 2017

    Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’






    Jika selalunya kita mendengar kes culik membabitkan manusia, tetapi di Amerika Syarikat baru-baru ini digemparkan dengan kes penculikkan kucing.

    Pihak berkuasa di Virginia, Amerika Syarikat (AS), buntu memikirkan kes ‘penculikan’ pelik yang berlaku di sebuah kawasan di negeri itu sejak beberapa bulan lalu. Ini kerana, kes ‘penculikan’ itu hanya membabitkan kucing.

    Lebih menghairankan, semua kucing yang diculik akan dikembalikan, namun dengan bahagian bawah badannya ‘dibotakkan’.
    Memetik laporan Reuters, tiada kecederaan dikesan pada kucing-kucing berkenaan, namun haiwan berkenaan dilihat agak takut-takut selepas ‘dipulangkan’ kepada pemiliknya.

    Sejak Disember tahun lalu, pemilik-pemilik kucing di daerah Waynesboro, Virginia, dilanda kerisauan apabila beberapa kucing yang dipelihara di kawasan itu hilang. Sehingga kini, polis sudah menerima tujuh laporan kehilangan kucing daripada pemilik di situ.

    Jurucakap polis Waynesboro, Kapten Kelly Walker berkata, bulu kucing-kucing tersebut dicukur dengan corak yang hampir sama.

    “Kesemua kucing yang diculik berada dalam keadaan sihat, sudah dimandulkan dan memakai kolar pada bahagian leher.

    “Bulu kucing-kucing itu dicukur di bahagian perut, kaki dan peha,” kata Walker.

    Tambah Walker, mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana kesemua kucing dipulangkan, namun meminta agar si pelaku berhenti berbuat demikian.

    Sumber : Astro Awani

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’ Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top