Percayakah Anda, Warga Putrajaya & Selangor Paling Tak Minat 'Cari' Maria Ozawa

Share on Google Plus




Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang kedatangan bekas pelakon porno, Maria Ozawa ke Malaysia.

Menurut analisa Google, warga Terengganu dan Kelantan paling berminat pada bekas pelakon aksi lucah Maria Ozawa.

Nama pelakon Jepun ini meningkat luar biasa mendadak sejak dilaporkan berada di sini hujung minggu lalu.

Memetik laporan The Malay Mail Online, pengguna internet di Sabah dan Kuala Lumpur berada di tangga ketiga dan keempat dalam senarai jumlah carian di enjin carian itu, menurut Google Trends.

Lebih menarik, warga Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baharu, paling tidak berminat mencari nama wanita berusia 31 tahun itu.

Data ini, seperti dipetik portal tersebut, disediakan oleh Kuek Ser Kuang Keng, bekas wartawan kanan Malaysiakini yang membuat pengkhususan dalam bidang penerbitan digital.

Maria, sudah meninggalkan Kuala Lumpur semalam mencetuskan kejutan peminatnya di sini dan negara jiran apabila memuatkan foto lawatannya di Instagram.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment