Papan Tanda Tutup Jalan Di Surau Austin Perdana Tak Wujud

Share on Google Plus



Papan tanda pemberitahuan bahawa jalan ditutup sementara ketika hari Jumaat yang tular di media sosial didapati tiada di kawasan surau yang berlaku kekecohan semalam.


Papan tanda itu berbunyi:


JALAN PUJANGGA Ditutup sementara setiap hari Jumaat bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang untuk dijadikan tempat kereta.


Tinjauan Sinar Harian ke lokasi terbabit mendapati papan tanda yang dikatakan berada di kawasan persekitaran Surau Austin Perdana tidak wujud sama sekali.


Surau yang mendapat tauliah untuk solat Jumaat itu terletak di Jalan Austin Perdana 1, bukan Jalan Pujangga.


Dipercayai papan tanda itu dari sebuah lokasi lain di negeri itu, bukannya di Surau Taman Austin Perdana seperti didakwa.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment