728x90 AdSpace

  • Latest News

    Sunday 14 May 2017

    Naik Berang Apabila Pasukan Sendiri Kalah




    POLIS mengesahkan dua beradik lelaki yang juga penyokong pasukan Negeri Sembilan ditahan selepas melakukan provokasi terhadap penyokong Pahang, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kejadian berlaku di tepi jalan iaitu 300 meter dari stadium sebaik perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara skuad Hoben Jang Hoben dan Tok Gajah berakhir.

    Katanya, provokasi itu berlaku dipercayai kedua-dua suspek berusia 25 dan 38 tahun kecewa dengan kekalahan 2-1 dan mengeluarkan kata-kata kesat.

    "Menyaksikan kejadian itu, sepasukan anggota polis yang menjaga keamanan cuba meleraikan provikasi namun suspek enggan bekerjasama.

    "Sehubungan itu mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

    Dalam perlawanan malam tadi, Pahang menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dan bakal bertemu Kedah di final Piala FA.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Naik Berang Apabila Pasukan Sendiri Kalah Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top