Mustafa Ali Sekarang Setaraf Mahathir Mohamad

Share on Google Plus



Walaupun digugurkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS namun Datuk Mustapa Ali dilantik sebagai Penasihat kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dengan jawatan baru itu, Mustapa akan lebih dekat dengan presiden dan pada masa sama dapat membimbing pelapis-pelapis muda dalam parti berkenaan.

Meskipun PAS sendiri dan tuan punya badan tidak mempunyai masalah dengan pertukaran jawatan terbabit, lain pula dengan pihak luar yang menjadikan ia sebagai satu isu besar hinggakan media pro pembangkang memainkan isu tersebut.

Hakikatnya, Mustapa sendiri membuat keputusan terbabit dan beliau sendiri menyatakan hasrat kepada Abdul Hadi untuk memberi peluang kepada pelapis baru, jadi apa masalahnya?

Dengan menjadi penasihat parti, taraf Mustafa sebenarnya sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai penasihat protem Pakatan Harapan.

Dalam pelantikan Mahathir ini, adakah anda fikir Mahathir akan memberikan nasihat kepada pengerusi protem terbabit iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Anda pasti sudah tahu jawapannya.

Rumusannya, Mahathir mungkin hanya akan menjadi penasihat kepada de facto Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, apatah lagi mereka kini sudah berbaik-baik, bak kata orang sekarang, mereka sudah `cium mulut’.

Jika tidak masakan terdapat dakwaan bahawa Kit Siang tidak akan memberikan maklumat yang boleh mengaitkan Mahathir dalam siasatan skandal kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) melalui aktiviti spekula­si mata wang asing demi menjaga kepentingan politiknya.

Ini didedahkan sendiri oleh Bekas Naib Penge­rusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menyifatkan tindakan pasukan petugas khas siasatan skandal itu yang memanggil Kit Siang disifatkan sebagai membuang masa.

“ Kit Siang kini lebih memerlukan Dr. Mahathir untuk kelangsungan politiknya kerana beliau sedar pengaruh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu terhadap pengundi Melayu sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri,” kata Tunku Abdul Aziz seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei lalu.

Jadi apa yang boleh diperkatakan sekarang ialah Pakatan Harapan memang sentiasa sibuk dengan urusan parti lain tetapi masalah dalaman sendiri, mereka tutup mulut.

Bayangkan, Pakatan Harapan boleh menyibuk dalam soal pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Selepas diumumkan pelantikan itu, maka kedengaranlah suara-suara sumbang pembangkang kononnya pelantikan itu adalah sebagai batu loncatan bagi Hishammuddin untuk menggantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Akhirnya pemimpin Pakatan Harapan yang sibuk memberikan pandangan mereka (walaupun tidak diminta) terdiam begitu saja apabila Hishammuddin dan Zahid membuktikan tuduhan itu hanyalah fitnah semata-mata bertujuan untuk melaga-lagakan mereka

Ternyata umpan yang mereka tabur tidak menjadi dan kini mereka sengaja menjadikan Mustapa Ali sebagai isu untuk melaga-lagakan pemimpin PAS kerana PAS bulan lagi berada dalam Pakatan Harapan.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment