Musang King Akan Diterbangkan Ke China

Share on Google Plus



Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport buah durian terbaiknya, Musang King ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata buah-buahan yang ingin diimport ke China mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak republik itu.

“Mereka gelarnya rawatan penyejukan bawah 18 darjah.

“Sebaik sahaja kita penuhi syarat dan peraturan, selepas itu kita perlu cari pelabuhan atau destinasi untuk durian,” katanya di sini.

Ahmad Shabery berkata, beliau dimaklumkan bahawa sebiji durian berharga kira-kira RM800 di Hong Kong.

Sehubungan itu, beliau percaya durian Musang King akan dapat dijual dengan mudah di China pada harga kira-kira RM200 hingga RM300 sekilogram.

“Ini amat baik bagi petani kita,” katanya.

Katanya, buat masa ini China mengimport durian dari negara jiran Malaysia.

Semalam di Beijing bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja 5 hari di China, Ahmad Shabery telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu.

Selepas kejayaan nanas menembusi pasaran China, Ahmad Shabery berkata, usaha seterusnya ialah untuk mengeksport buah nangka.

Antara buah-buahan Malaysia yang berjaya menembusi pasaran China sebelum ini ialah manggis. – fmt


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment