Memang Sekarang Azmin Masih MB Selangor, Tapi Sebulan Dua Lagi Belum Tentu

Share on Google Plus





SELEPAS selamat sampai ke tanah air, MB Selangor Azmin Ali dengan cukup angkuh menjawab macam-macam soalan dari wartawan Malaysiakini, iaitu portal berita pro pembangkang.

Antara yang Azmin sebut adalah dia masih lagi bergelar MB Selangor walaupun desas desus mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan bertukar tangan dalam masa terhampir.

Malah sebuah portal pro BN membuat analisis bahawa hayat Azmin sebagai MB Selangor hanya akan bertahan beberapa bulan saja lagi.

Lebih tepat menurut portal itu pada Hari Raya Aidilfitri nanti Azmin tidak lagi akan menjadi MB Selangor, atau selewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.




Sementara itu, sejurus tiba, Azmin juga disambut oleh dua EXCO PAS iaitu Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Shafie Ngah serta ADUN dari PKR dan DAP.

Bagaimanapun, kelibat Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang juga EXCO negeri itu tidak kelihatan.

Azmin tiba di KLIA petang Jumaat selepas mengadakan lawatan kerja di Jordan dan Maghribi sejak 1 Mei lalu.

Walaupun kedudukan beliau sebagai Menteri Besar ibarat telur dihujung tanduk, Azmin menjelaskan bahawa beliau tetap optimis untuk terus memimpin kerajaan negeri.

Petanda kenapa Pesuruhjaya PAS Selangor tidak hadir menyambut Azmin itu sudah memberikan satu gambaran besar dan penuh teka teki.

Tidak mengapalah Azmin, sekarang mungkin kamu masih lagi bergelar MB Selangor, tetapi beberapa bulan di hadapan belum tentu lagi. -KAKI PALU



Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment