728x90 AdSpace

  • Latest News

    Monday 8 May 2017

    Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang - Kajian





    Tahukah anda bahawa kulit telur sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai kebaikan pada kesihatan.

    Menurut laporan Business Insider, sebanyak 150,000 tan kulit telur dibuang setiap tahun di Amerika Syarikat (AS), sehingga memaksa penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui manfaat kebaikan kulit telur.

    Kajian yang dijalankan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan AS mendapati, kulit telur mengandungi 95 peratus kalsium yang digunakan sebagai antasid untuk masalah pedih hulu hati, senak asid dan sakit perut.

    Kulit pada sebiji telur mempunyai sekurang-kurangnya dua gram kandungan kalsium.

    Cara penyediaan kulit telur adalah dengan merebusnya terlebih dahulu untuk membunuh bakteria berbahaya sebelum dibakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu 93 darjah Celsius.

    Kulit telur tersebut kemudiannya dihancurkan menjadi serbuk dan boleh dicampur ke dalam adunan roti, piza atau spageti.

    Menurut kajian, kulit telur membantu melegakan kesakitan tulang terutama pada wanita yang menderita akibat osteoporosis.

    "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 Comments:

    Post a Comment

    Tidak menerima sebarang komen yang menghina dan maki caci

    Item Reviewed: Makan Kulit Telur Mampu Legakan Sakit Tulang - Kajian Rating: 5 Reviewed By: Editor
    Scroll to Top