Mahathir Umpama “Tape Recorder” Buat Pakatan Harapan

Share on Google Plus



Sebenarnya, agak sedikit tertarik apabila melihat cadangan seorang ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu Pakatan Harapan meletakkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Cadangan ini dibuat kerana Pakatan Harapan sendiri sehingga kini masih gagal mengemukakan 1 nama untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Memang melucukan apabila melihat cadangan Zaid ini. Apa sudah tidak ada calon yang jauh lebih muda dan berkelayakankah di dalam Pakatan Harapan sehingga terpaksa mengguna pakai bekas Perdana Menteri seperti Mahathir? Zaid sendiri sedar bahawa usia Mahathir tidak akan memungkinkan dia mampu menggalas lagi tugas sebagai seorang Perdana Menteri.

Atau mungkin sahaja, cadangan Zaid ini sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat. Umum sedia maklum bahawa usia Mahathir kini sudah hampir mencecah angka 92 tahun. Kebiasaannya, pada usia sebegini, seseorang itu memerlukan seorang pembantu yang mampu menggalas tugasnya. Justeru, pembantu yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan sehingga kini adalah Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang.

Melihat kepada nama pembantunya ini, mudah untuk disimpulkan bahawa Mahathir hanyalah sekadar patung di dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh Pakatan Harapan kelak. Tambahan pula, cara Mahathir hari ini dilihat seolah-olah “tape recorder” di mana dia akan memainkan isu yang sama berulang kali walaupun pelbagai penjelasan telah dibuat di pelbagai peringkat.

Sebagai contoh, isu 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion telah pun di jawab sendiri oleh Datuk Seri Mohd Najib satu ketika dahulu. Namun, bagi Mahathir, ianya seolah-olah satu zikir yang wajib disebut olehnya setiap kali dia mahu menyerang Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sehinggakan, dia sendiri terlupa untuk menjawab begitu banyak pertuduhan yang dilemparkan keatasnya seperti skandal BMF dan forex.

Melihat kepada situasi ini, bukankah Mahathir bakal menjadi seorang Perdana Menteri kayu andai Pakatan Harapan berkuasa kelak? Mungkin dia masih bersisa tahap kepimpinannya. Namun harus diingat, di dalam Pakatan Harapan hari ini, DAP adalah parti yang paling dominan jika dibandingkan dengan PKR, PAN dan PPBM.

Atas sifat dominan inilah yang menjadikan Lim Kit Siang jauh lebih berkuasa berbanding 2 orang Presiden dan seorang Pengerusi parti gabungan Pakatan Harapan. Adakah ini yang dimaksudkan Zaid Ibrahim apabila mencadangkan nama Mahathir dicalonkan sebagai bakal Perdana Menteri pertama Pakatan Harapan? ianya sudah menjadi helah lapuk Zaid.


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment