Luna Maya Alami Kecederaan Teruk, Terpaksa Jalani Rawatan Fisioterapi

Share on Google Plus



Luna Maya memang dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat suka dengan sukan olahraga. Malah, dia kerapkali mencuba beberapa jenis olahraga dalam aktivitinya.

Dia mengaku olahraga menbantu dirinya untuk menjaga kesihatan dan berasa selesa setelah rajin berolahraga, bukan sekadar menjaga bentuk tubuh sahaja namun Luna Maya tidak terlepas dari risiko olahraga.

Luna Maya pernah mengalami kecederaan otot tangan, kerana tersalah langkah dalam tumbukan ketika melakukan olahraga ‘thai boxing’ tujuh bulan lalu.

“Oleh sebab tersalah buat tumbukan, genggaman tangan tidak kuat. Olahraga ini memang kena fokus. Kalau salah memang boleh jadi kecederaan teruk”

Akibatnya, Luna harus menjalani fisioterapi secara rutin.

Ia juga tak diperbolehkan melakukan olahraga berat untuk sementara waktu, terutama sesekali untuk menggunakan tangan.

” Sudah seminggu tidak boleh melakukan aktiviti lebih-lebih lagi jika menggunakan tangan. Sudah tujuh bulan mengalami kecederaan, tapi baru seminggu jalani fisioterapi,” kata Luna.

Juri Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) ini pernah mengalami hal yang sama tujuh tahun lalu juga kerana salah gerak ketika bersenam. Selain Luna Maya, MLM 2017 yang diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos turut menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi dan Neelofa yang akan mengadili para peserta. – hc


Share on Google Plus

About Editor

Merupakan blogger muda sejak tahun 2008. Ini merupakan blog ketiga selepas blog asal. Pernah menulis di akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Mstar Online sekitar 2010 - 2012. Kini masih menulis...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment